|
PENCEGAHAN
JENAYAH BERMULA DARI ANDA !!!!
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL ?
- Selalu gunakan jalan yang pernah dilalui oleh orangramai,
jangan mengikut jalan yang dekat dan gelap. Cuba berada di tempat yang sibuk dengan
orangramai.
- Berpakaian dengan sempurna, kerana pakaian yang menjolok
mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
- Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum,
menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali.
- Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa
berada di dalam bas, teksi atau keretapi.
- Jangan biasa balik rumah larut malam. Jika ketinggalan bas,
teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan atau tidur di perhentian bas.
- Biasakan diri bersiar-siar atau berjogging dalam kumpulan.
- Ibubapa dan penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan
kecil pergi ke kedai untuk membeli barang di waktu malam.
- Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak
dikenali.
- Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau
mengigit badan perogol untuk melepaskan diri.
- Lapor kepada Polis dengan segera apabila anda diganggu.
APAKAH
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA RAGUT ?
- Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui.
Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
- Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.
Jangan memakai barang-barang kemas dengan
banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas
kaunter.
Silangkan beg tangan anda di bahu dan
berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan
laluan laulintas.
- Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang
yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
- Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit
dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
- Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan
diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
- Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan
barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
- Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi,
panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.
- Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau
cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu,
keluar dari lif dengan segera.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
DARIPADA PENYELOK SAKU ?
- Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah
belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bolasepak, bas atau keretapi.
- Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi
atau keretapi jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.
- Jika anda menyimpan duit tanpa beg dalam poket baju, jangan
biar duit-duit itu nampak dari luar (atau jangan pakai baju yang jarang).
- Jangan biarkan orang-orang yang tidak dikenali meletakkan
tangannya di atas bahu kiri anda terutama sekali semasa menaiki / menuruni kenderaan awam
atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
- Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah
dalam kocek-kocek yang berasingan.
APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN DI PREMIS PERNIAGAAN ?
- Pasang besi gerigi kasi-kasi (grill) pada almari kaca
(show case) supaya penjenayah tidak dapat mengaut (scoop) barang-barang kemas dari dalam
almari kaca itu walaupun kaca-kaca tersebut dapat dipecahkan olehnya.
- Pasang alat kecemasan yang berbunyi apabila almari kaca
(show case) dipecah.
- Adakan close circuit camera yang boleh mengambil gambar
penjenayah-penjenayah apabila berlaku rompakan.
- Gunakan pengawal keselamatan yang bersenjatapi.
- Adakan laluan sulit (secret opening) supaya pekerja dapat
melepaskan diri untuk meminta pertolongan.
- Beritahu Polis dengan segera apabila mencurigai seseorang.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA ROMPAK WANG
TUNAI/WANG GAJI DAN DI TEMPAT BEBAS ?.
Tempat bebas
Elakkan memakai barang-barang kemas dan
jam tangan yang berharga atau membawa wang yang banyak semasa berjalan-jalan atau
bersiar-siar berdua-duaan di tempat bebas terutama sekali di waktu malam.
Jangan duduk berdua-duaan dalam kereta
atau taman-taman bunga di tempat gelap dan sunyi.
Sekiranya ada orang-orang yang anda
curigai merayau-rayau, cepat-cepat tinggalkan tempat itu.
Jika anda diugut terus menjerit meminta
pertolongan dari orang ramai.
Wang Gaji/
Wang Tunai
- Elakkan dari membawa wang tunai yang banyak dalam satu
bungkusan kecuali jika anda mempunyai beg yang dipasang khas dengan alat-alat pengempar
serta kunci berantai.
Gunakan pengiring yang bersenjatapi
semasa mengeluarkan wang yang banyak dari bank atau membawa wang ke bank.
- Ubahkan jadual dan jalan laluan dan jangan gunakan kenderaan
yang sama selalu.
Pastikan tiada orang yang mencurigakan
mengekori anda semasa membawa keluar wang dari syarikat-syarikat kewangan atau semasa
membawa wang untuk disimpan. Jika kereta anda diekori oleh orang-orang yang mencurigakan
berhenti ditempat orangramai dan telefon Polis segera.
Berhati-hati dan bergerak ke destinasi
yang dituju apabila anda fikir selamat.
Semasa membayar gaji dikilang-kilang atau
ladang-ladang yang terpencil dan sunyi ketatkan kawalan keselamatan. Tutup pintu pagar dan
pastikan tiada orang luar boleh masuk.
Habiskan pembayaran gaji dengan segera.
Jika ada baki yang banyak jangan simpan dalam pejabat atau dirumah. Simpan balik dalam
bank.
Tentukan pergerakan anda pergi dan balik
dari syarikat kewangan tidak diketahui oleh kakitangan anda.
Jika anda boleh cuba bayar gaji dengan
cek.
Jika Rompakan
Berlaku.................
Apa Tindakan
Yang Harus Anda dan Kakitangan Lakukan.
Bertenang dan ikut arahan
penjenayah, cari peluang untuk menggunakan alat pengempar jika ada apabila
penjenayah-penjenayah tidak menyedarinya.
Apabila dipaksa menyerah harta benda atau
wang serahkan satu demi satu dengan tujuan melambat-lambatkan masa agar bantuan
pertolongan dapat sampai.
Jika perompak-perompak tidak memakai
topeng, cuba cam muka mereka. Perhatikan tanda-tanda seperti parut, tahi lalat, mata
juling atau tidak, rambut kerinting atau lurus dan lain-lain.
Adalah penting jika anda dapat ingat
nombor kenderaan, warna dan jenisnya.
Lapur kepada Polis dengan serta merta
samada melalui telefon atau datang sendiri supaya tindakan dapat diambil dengan pantas.
Jangan sentuh atau ganggu tanda-tanda
keterangan yang ditinggalkan oleh penjenayah.
APAKAH
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN RUMAH DARI DIMASUKI PENJENAYAH ?
- Pasangkan pintu masuk utama rumah anda dengan
tanggam-puting (mortise) yang bermutu tinggi atau kunci pasak (Rim Latch) yang mempunyai
bentuk selak mati (Dead Molting) serta kunci palang yang disokong oleh kunci yang kukuh.
- Memperkukuhkan pintu/tingkap-tingkap masuk utama rumah anda
dengan besi gerigi kasi-kasi/pagar yang boleh dilipat.
- Memperkemaskan pagar gerigi kasi-kasi (Grille Gate) dengan
besi penyangkut (Iron Clasp) dan penutup gelangan mangga yang kukuh (strong closed shackle
padlock).
- Adakan alat-alat keselamatan yang lebih ke atas pintu utama
anda, contohnya lubang pandangan, rantai pintu, selak keselamatan tanggam puting (mortise
security bolts).
- Jangan letakkan alat-alat/perkakas pecah rumah seperti
pengumpil (crowbars) tangga dan alat-alat pemotong diluar rumah.
- Pasangkan/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah ia
bertujuan untuk memberi suasana yang orang berada dalam rumah.
- Jangan tinggalkan kunci rumah anda ditempat persembunyian
diluar kawasan rumah.
- Sebelum membuka pintu periksa dahulu pengenalan
pelawat/orang yang tidak dikenali. Jangan tinggal nota
menyatakan yang anda tiada dirumah.
- Minta bantuan dari jiran-jiran anda untuk mengawasi rumah
anda semasa ketiadaan anda dirumah.
- Sebelum meninggalkan rumah atau hendak masuk tidur kunci
semua pintu, tingkap dan pintu pagar.
- Ruang kosong alat penghawa dingin yang telah ditinggalkan
perlulah ditutup dengan kasi-kasi besi yang kusuh.
- Pelihara anjing pengawas atau angsa. Binatang-binatang
tersebut dapat mencegah penjenayah dari memasuki rumah anda.
- Pasang sistem kecemasan kecurian yang sempurna dirumah anda.
- Bersihkan kawasan luar rumah dari semak-semak yang boleh
digunakan untuk bersembunyi.
- Batalkan semua penghantaran suratkhabar dan lain-lain semasa
anda bercuti.
- Lapur kepada balai polis yang berhampiran semasa anda
bercuti supaya rondaan dapat dibuat.
- Simpan wang tunai yang berlebihan dan barang-barang kemas
dalam bank.
APAKAH
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KENDERAAN DARIPADA KENA CURI ?
- Jangan sekali-kali meninggalkan kenderaan anda dengan enjin
yang masih hidup walaupun sebentar saja. Cabut kunci (switch) dan simpan.
Pasangkan rantai dan kunci yang kukuh
keatas motosikal apabila tidak digunakan. Pasangkan alat pencegah kecurian dan mengukir
nombor kereta anda pada cermin depan/belakang dan tingkap.
Kunci semua pintu dan tutup semua cermin
kereta anda setiap kali anda meninggalkannya walaupun sekejap sahaja.
Keluarkan semua barang-barang yang
berharga dari kereta anda atau simpan ditempat menyimpan barang-barang supaya tidak
kelihatan dari luar.
Elakkan dari meletak kenderaan anda
ditempat-tempat terpencil atau ditempat-tempat gelap.
Jangan tinggalkan "Parking
Tiket" dalam kereta anda semasa meninggalkannya ditempat letak kereta/pusat
membeli-belah/emporium.
Jangan tinggalkan kunci kereta anda
kepada pencuci atau penjaga kereta. Hantar kereta anda kepada workshop-workshop yang
dikenali untuk dibaiki untuk keselamatan kereta anda.
Rantaikan basikal anda pada tiang atau
objek yang tetap dengan rantai dan mangga yang kukuh.
8. UMUM
Simpan dengan selamat semua resit-resit
barang-barang yang telah dibeli , sekiranya barang tersebut hilang akan memudahkan kita
menuntut balik barang-barang tersebut di balai-balai Polis.
-Ke Muka Depan-
| |
|