PENGAWASAN KEJIRANAN

PENDAHULUAN

  • Suatu strategi yang bergantung kepada keyakinan dan kerjasama masyarakat untuk membantu mencegah jenayah serta mewujudkan suasana yang lebih selamat kepada masyarakat setempat.
  • Wjudnya suasana seperti ini, maka setiap penduduk di dalam sesebuah masyarakat itu dapat bekerjsama di kalangan mereka dalam usaha membantu Polis membenteraskan dan mengurangkan jenayah.
  • Justeru "Kepolisan Masyarakat" merupakan satu usaha membebaskan sesuatu kawasan dari kejadian jenayah secara muhibbah.

 

2. KONSEP

"Kepolisan Masyarakat" membawa konsep di mana menjadikan sebahagian petugasan kepolisan sebagai suatu tanggungjawab bersama masyarakat dengan membabitkan diri dalam usaha membenteras dan mengurangkan jenayah bagi sesuatu tempat dalam usaha memperkembangkan konsep ini, tiap-tiap daerah atau kawasan tertentu, adalah penting untuk menubuhkan Ahli Jawatankuasa masing-masing, bagi melicinkan perjalanan sesuautu kegiatan atau projek yang hendak dilaksanakan.

 

3. TUJUAN AHLI JAWATANKUASA

Secara keseluruhannya, penubuhan Ahli Jawatan kuasa ini adalah bertujuan seperti:-

  • Mewujudkan dan mempertingkatkan semangat kejiranan yang baik di kalangan masyarakat setempat supaya mereka mengenali antara satu sama lain.
  • merancang dan mengadakan program kemasyarakatan untuk penduduk-penduduk setempat supaya masing-masing mempunyai perasaan yang lebih mesra.
  • Merancang dan melaksanakan program yang bertujuan untuk mewujudkan dan memperingkatan semangat kejiranan di kalangan masyarakat.
  • Merancang dan menganjurkan program-program pendidikan pencegahan jenayah di kalangan masyarakat.
  • Mewujudkan suatu suasana masyarakat yang bermaklumat mengenai kedudukan jenayah setempat dan kaedah-kaedah pencegahannya dengan mengadakan "Pusat Penerangan " di kawasan-kawasan perumahan dan institusi-institusi perniagaan.
  • Mewujudkan dan mempertingkatkan perhubungan dengan pihak media supaya dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat untuk membantu mencegah serta membenci jenayah.

 

4. BENTUK-BENTUK PROGRAM

Antara bentuk-bentuk program yang boleh diadakan ialah:-

      1. Skim Pengawasan Kejiranan
      2. Pengawasan Kenderaaan
      3. Penggawasan Kilang/Institusi Perniagaan
      4. Pengawasan sekolah/Institusi Pendidikan
      5. Program Menandakan Harta Benda dan lain-lain

 

5. PENGAWASAN KEJIRANAN

Antara program yang mendapat perhatian secara keseluruhan oleh masyarakat ialah Pengawasan Kejiranan

 

6. PENGERTIAN "PENGAWASAN KEJIRANAN"

  1. Pengawasan Kejiranan adalah satu program yang mana masyarakat setempat membabitkan diri mereka mengawasi keselamatan jiran-jiran dan harta benda mereka, serta melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada Polis. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu perkongsian tanggungjawab untuk menjadikan kawasan tempat tinggal mereka lebih selamat. Hal ini bukanlah bermakna masyarakat mengambil alih tugas-tugas Polis, tetapi menggunakan sumber-sumber Polis yang bernilai itu lebih berkesan.
  2. Program ini memberikan penekanan kepada masyarakat untuk mengambil sebarang tindakan pencegahan jenayah secara bersepadu dan berpasukan. Ini jelas memperlihatkan bahawa program p[encegahan jenayah yang berjaya satu pendekatan yang terancang amat diperlukan.

7.  CARA SKIM DILAKSANAKAN SECARA AM

    1. Para Penubuhan:-
    2. Sebelum "Skim Pengawasan Kejiranan" ditubuhkan, penduduk-penduduk setempat hendaklah menubuhkan kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan "Kumpulan-kumpulan Pengawasan Kejiranan". Setiap kkumpulan ini mengandungi antara 10 hingga 20 jiran atau bilangan yang difikirkan wajar kepada satu-satu kawasan kecil, seperti dalam sederetan sesebuah jalan atau lorong.

    3. Pertugasan Secara Am:
    4. Ahli-ahli dalam kumpulan ini tidak dikehendaki menjalankan tugas-tugas rondaan, tetapi berperanan untuk mengawasi supaya keadaan kawasan itu selamat dan bebas dari jenayah. Bagaimanapun , mereka mempunyai kuasa menangkap oleh orang-orang awam seperti dibekalkan dalam Kanun Acara Jenayah

    5. Penyelaras Kumpulan:-
    6. Setiap kumpulan mempunyai seorang wakil yang dipanggil "penyelaras Kumpulan ". Beliau bekerja rapat dengan ahli-ahli masyarakatnya dengan Polis. Pemilihan penyelaras dilihat atas persetujuan semua ahli-ahli. Beliau bertanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat.

      Kawasan atau taman perumahan, ianya mungkin mempunyai 10 hingga 20 kumpulan "Pengawasan Kejiranan". Sehubungan dengan ini, maka setiap kawasan itu pula hendaklah dipilih seorang wakil yang dipanggil "Penyelaras Kawasan".


8. CARA MENUBUHKAN SKIM/KUMPULAN PENGAWASAN KEJIRANAN

1.  Panduan Dari Polis

Penubuhan skim ini boleh didayausahakan oleh sesiapa sahaja. Namun, adalah lebih baik individu terbabit hendak mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Daerah atau Pengawai Penyelaras Daerah setempat untuk mendapatkan panduan dan nasihat.

 

2. Pengukuran Minat:

Minat masyarakat setempat untuk menubuhkan skim ini hendaklah diukur. Antara ccaranya ialah mengadakan kunjungan muhibah ke rumah-rumah jiran. Namun demikian cara terbaiknya ialah mengadakan tinjuan melalui penulisan. (Contoh soalan-soalan tinjuan seperti "Dimanakah kedudukan kepekaan anda tentang jenayah?"

 

3. Mesyuarat Pertama

Perjumpaan pertama amat penting diadakan untuk menggambar dan menjelaskan tinjuan dan cara skim ini dilaksanakan. Kehadiran Ketua Polis Daerah atau wakilnya memainkan peranan utama. Perjumpaan sedemikian boleh diadakan di mana-mana tempat yang wajar. Untuk mendapatkan suasana kemesraan dan muhibbah, adalah disarankan supaya ianya diadakan di rumah. Antara maklumat-maklumat yang perlu dikumpul semasa mesyuarat ialah;

 

4. Perkhidmatan-perkhidmatan Oleh Skim
    Pengawasan Kejiranan

  • Tanda Pengenalan kepada Harta benda, Pemilik digalakkan menanda harta benda agar mudah dikesan dan mendapatkannya kembali sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian (contoh; ukiran, tandanama,warna, ambil foto atau video dan senarai(listing)

  • Memperkukuhkan Keselamatan Diri dan Harta Benda;

    Setiap ahli masyarakat digalakkan supaya memperkukuhkan keselamatan harta benda mereka seperti rumah, kenderaan dan diri masing-masing. Panduan dan nasihatkan boleh didapatkan dari Balai Polis berhampiran.

  • Perkara-perkara Yang Perlu diperhatikan;

    Setiap ahli masyarakat digalakkan supaya dapat mengawasi keadaan-keadaaan yang mencurigakan dan jika mempunyai alasan, mereka bolehlah bertindak seperti;

    1)     Hubungi Balai Polis berhampiran

    2)     Beritahu jiran

    3)     Jiran-jiran hendaklah menggunakan kebijaksanaan untuk memberitahu kepada orang-orang yang tidak dikenali dan mencurigakan yang berkunjung ke rumah-rumah jiran.
  • Kegiatan-kegiatan lain;
    Ahli-ahli "Skim Pengawasan Kejiranan" adalah disarankan supaya mengadakan kegiatan-kegiatan lain seperti;

    1)     Menerbitkan media cetak seperti "Surat Berita (News Letter) dan seumpamanya.

    2)    Mengadakan "Papan Kenyataan dan

    3)    Lain-lain.

 

  1. KESIMPULAN

Jika masyarakat digalakkan mengambil daya usaha menubuhkan "Kepolisan Masyarakat" maka jenayah dapat dikawal dan dikurangkan dari masa ke semasa.

 

APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI OLEH AHLI-AHLI KUMPULAN-KUMPULAN ?

Keadaan-keadaan yang mencurigai:-

  1. Jurujual dan orang-orang yang membawa beg atau alat-alat pertukangan.
  2. Orang-orang yang tidak dikenali mengetuk pintu atau menjenguk pintu rumah jiran anda.
  3. Orang-orang yang merayau-rayau di beranda, di tangga dan di tempat letak kereta tanpa arah dan tujuan.
  4. Orang-orang yang mengumpil pintu atau tingkap rumah jiran anda.
  5. Orang-orang yang memindahkan harta benda dari rumah jiran anda semasa ketiadaannya (jiran-jiran hendaklah memberitahu satu sama lain jika telah diuruskan terlebih dahulu).
  6. Orang-orang yang membelek-belek kereta-kereta, motosikal atau skuter yang terletak di kawasan perumahan anda.

 

APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN OLEH AHLI-AHLI KUMPULAN ?

  1. Telefon Polis dengan segera dan laporkan perkara yang mencurigakan itu.
  2. Beri amaran kepada ahli-ahli kumpulan, telefon mereka atau tiup wisel jika keadaan mendesak.
  3. Sekiranya ada pelawat datang ke rumah jiran semasa ketiadaanya tanya siapa mmereka dan tujuannya.
  4. Jika orang-orang yang tidak dikenali datang ke rumah anda, pastikan siapakah mereka sebenarnya. Minta mereka tunjukkan Kad Pengenalan atau Kad Kebenaran.
  5. Sentiasa ingatkan anak-anak supaya "Jangan Ikut" orang-orang yang tidak dikenali dan nasihatkan bahayanya jika berbuat demikian.
  6. Beri amaran tentang bahaya merayau-rayau di tempat sunyi.

 

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAK DARIPADA ANAK-ANAK ANDA LARI DARI RUMAH ?

  1. Ibubapa/ penjaga perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak dan memahami tentang masalah serta kesulitan yang mereka hadapi dan berusaha secara serius dengan kasih sayang dan kemesraan bagi meringankan atau mengatasi masalah mereka.
  2. Ibubapa/penjaga bertanggungjawab memastikan rumah tangga mereka sentriasa harmoni dan aman damai serta mengelakkan pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak.
  3. Aanak-anak perlu diberikan pendidikan yang seimbang dan digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti yang memberi manafaat dari segi rohani dan jasmani.
  4. Perlu mewujudkan kasih-sayang dan hormat-menghormati dii antara ibubapa dengan anak-anak dan suami dengan isteri.
  5. Ketegasan dalam memberi tunjuk-ajar hendaklah kena pada tempatnya dan elakkan sifat membahagi-bahagikan kasih-sayang antara anak-anak.
  6. Seboleh-bolehnya luangkan masa bersama-sama anak-anak di rumah atau di tempat yang difikirkan tenang bagi membolehkan menyelami isi hati anak-anak.
  7. Tunjukan sikap/contoh teladan yang baik boleh dicontohi oleh anak-anak.

 

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA ?

  1. Mencarinya di rumah saudara mara yang selalu dilawati atau bertanya dengan teman-teman yang rapat dengannya.
  2. Membuat laporan segera ke Balai Polis yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen pengenalan diri atau gambar orang-orang hilang, butir-butir/alamat kenalan rapat atau saudara maranya, untuk membantu penyiasatan Polis mencari dan mengesan secepat mungkin samada kehilangan ini ada kaitan dengan jenayah atau sebaliknya.
  3. Perkara ini akan memudahkan Polis menghubungi media massa dan menghubung kontinjen/daerah yang lain untuk mengesan kehilangannya. Pengadu juga perlu menghubungi Polis dari masa ke semasa selepas laporan dibuat.
  4. Sekirannya orang yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula, pihak Polis hendaklah dimaklumkan supaya siasatan Polis dan rekod dikemaskinikan.

-Ke Muka Depan-