PENGENALAN

Seimbas lalu apabila kita meniti sejarah, Polis Diraja Malaysia telah memberikan sumbangan yang begitu besar kepada keamanan dan kesejahteraan negara yang mana pengorbanan harta dan jiwa serta kesetian yang tidak berbelah-bagi dalam meneruskan kesinambungan tradisi berkhidmat kepada rakyat dan negara sentiasa berterusan.

Setelah 192 tahun kewujudannya. Polis Diraja Malaysia tidak lekang dari berhadapan dengan cabaran getir baik dari dalam mahupun luaran. Dengan terbinanya kekuatan yang mampan dan jitu sejak dari penubuhannya lagi, cabaran dan ranjau dapat ditangani dengan penuh hemat dan dedikasi dalam mempertahankan imej pasukan dan menegakkan keadilan perkhidmatan yang diberikan agar tidak merundum dari reputasi yang penuh dengan prasangka. Sejajar dengan wawasan kerajaan dalam membendung gejala kurang sihat yang kian berleluasa, pihak Polis Diraja Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mewujudkan interaksi dengan masyarakat sekeliling dalam membenteras jenayah.

Sayugia sebagai sebuah institusi keselamatan dan tulang belakang kerajaan, timbullah inspirasi pucuk pimpinan dalam merelisasikan interaksi tersebut dengan memilih tema MESRA, CEPAT DAN BETUL pada peringatan Hari Polis ke 192 dengan tujuan untuk membaharui azam dan menetukan arah tuju perkhidmatan yang akan dicurahkan kepada masyarakat dalam mendaulatkan undang-undang. Ini juga akan meningkatkan produktiviti pegawai dan anggota dari segi pemikiran dan tindakan tentang nilai kemanusian sejagat. Justeru itu pembudayaan khidmat mesra ini kedalam organisasi Polis Diraja Malaysia bertepatan dalam memenuhi aspirasi falsafah sedia berkhidmat yang selama ini dijunjung. Konsep MESRA, CEPAT DAN BETUL diharap dapat meransang satu budaya kerja agar dapat diterima dan diyakini oleh masyarakat dalam menghadapi alaf baru yang serba canggih.

Polis Diraja Malaysia Kontingen Sabah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Perpustakaan Negeri Sabah menjemput pihak kami untuk memberi khidmat bakti dalam memberi tunjuk ajar, penerangan serta nasihat kepada masyarakat melalui FAQ eMas Sabah. Dengan sumbangan yang tidak seberapa ini pihak Polis Diraja Malaysia berharap akan ada kesinambungan kerjasama dan keperihatinan masyarakat dalam mengekalkan kedaulatan undang-undang, ketenteraman dan keharmonian sejagat.


Penaung Projek FAQ Polis Kontinjen Sabah
Dato' Mamat Talib
Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah

Disediakan oleh
ASP Adzhar B. Hj. Othman
P/KPL Abang Faisal Yaman
Hal Ehwal Awam Kontinjen Sabah

Dibantu oleh
Pegawai dan Anggota Hal Ehwal Awam Kontinjen Sabah.

 

-Ke Muka Depan-