Keengganan peragawati terkemuka Linda Evangelista, 30, menerima
sebarang kempen kecantikan atau peragaan fesyen jika tidak dibayar lebih AS$10,000 sehari
dianggap paling berani pada dekad ini.
Ada pihak yang menganggap Evangelista keterlaluan dan mata duitan.
Tetapi, dilihat dari sudut positif, ia menggambarkan sikap tegas Evangelista. Dia tahu
menilai bakat dan kemampuannya.
Tidak hairan Evangelista berjaya mengukir nama dalam dunia modeling
seawal usia 17 tahun dan kini masih dibayar lumayan walaupun usianya sudah mencecah awal
30-an. Diakui bahawa Evangelista menggunakan kecantikannya sebagai tiket untuk menembusi
dunia glamor ini. Tetapi, faktor utama kejayaannya ialah kerana sikap tegas dan yakin
kebolehannya sendiri.
Menurut pakar psikoterapi dan pengarang buku Super Confidence, Gael
Lindenfield, tidak ramai manusia yang berani menonjolkan sifat tegas mereka. Ia
tertanam dalam diri seseorang hanya manusia bijak sahaja yang berupaya mencungkil
harta karun untuk dijadikan landasan kejayaannya.
Jika disorot kisah wanita yang menghiasi ruangan 'Jejak Jaya' Jelita,
didapati bahawa sebahagian besar mereka dalam perniagaan atau kerjaya menggarap sifat
tegas, yakin dan berani dalam perniagaan atau kerjaya.
Lindenfield menegaskan, sifat dalaman ini sebenarnya sangat penting
kerana ia berupaya mencorak penampilan keseluruhan seseorang - membuatkan mereka
berkarisma dan berwibawa. Menurut Lindenfield, wanita berpendirian tegas dan yakin akan
kebolehan dirinya mudah dikenali. Antaranya:
- Mereka sayang dirinya sendiri dan pendirian ini jelas terpancar melalui perbuatan serta
pertuturan.
- Mereka mengenali dirinya sendiri dan menghargai bakat dan kemampuannya.
- Mereka memahami kehendak nalurinya sendiri dan tidak pernah menghadkan cita-cita serta
impian mereka.
- Sentiasa berfikiran positif justeru mereka tidak pernah kalut atau tertekan jika
ditimpa masalah.
- Bijak menyesuaikan kebolehan/bakat dalam apa jua keadaan.
Kesimpulan wanita yang yakin akan kemampuan dirinya mudah
didampingi.
Misalnya, jika mereka ketua jabatan, mereka akan menjadi bos yang
disenangi kerana:
- Semua pihak berasa selamat di sisi wanita yang berfikiran positif dan tidak hipokrit.
- Mereka tidak suka menindas / menghina orang lain semata-mata untuk menunjuk kuasa.
- Mereka sentiasa menghiupkan semangat agar semua kakitangan bersifat positif dan yakin
kebolehan dirinya demi pembangunan
- Mereka tidak menganggap diri mereka sangat hebat, sebaliknya menerima hakikat bahawa
setiap manusia ada kelemahan masing-masing dan mungkin melakukan kesilapan
- Mereka sentiasa cergas, ceria dan bekerja dengan penuh semangat kerana tidak suka
mensia-siakan keringatnya.
- Raut wajahnya tenang terpancar dari hati dan jiwa yang lapang kerana mereka bijak
menguasai keadaan.
- Mereka sentiasa berpendapat masalah bukan untuk ditangisi, tetapi ditangani.
Wanita penakut sering kalut
Berbeza dengan wanita tegas dan yakin wanita yang tidak berpendirian
tegas sentiasa 'takut-takut'. Sikap negatif ini mudah dibaca melalui pertuturan dan
perlakuan mereka. Apabila bercakap mereka tidak berani bertentang mata dan tidak pandai
memberi pendapat yang bernas Ada kala, mereka mempunyai idea bagus, tetapi tidak berani
meluahkannya, bimbang diketawakan.
Rasa tidak yakin juga menyebabkan mereka sentiasa tampak resah. Cara
berpakaiannya ala kadar kerana mereka tidak berani menggayakan fesyen lebih menarik
walaupun sebenarnya ia sesuai dengan personaliti mereka.
Kata Lindenfeld, rugi menjadi wanita penakut kerana:
- Mereka sentiasa berasa disisih masyarakat dan kesunyian.
- Mereka sentiasa ketakutan dan lemah.
- Pemikiran dan jiwa sentiasa terseksa dan tertekan, menyebabkan kecergasan fizikalnya
turut terjejas.
- Mereka sentiasa berasa diri tidak berguna dan kehadirannya di sisi masyarakat tidak
dihargai.
- Mereka sentiasa berasa bersalah dan sering menghukum dirinya sendiri.
- Tidak berani mencuba kerana yakin bahawa ia pasti gagal.
- Mereka sentiasa berasa tertekan.
- Sering keliru.
- Tiada matlamat hidup kerana percaya ia tidak mungkin tercapai.
Takut menghadapi kenyataan
Menurut Lindenfield, sebenarnya wanita yang tidak berani menyerlahkan
sifat yakin, tegas dan berani pernah melalui peristiwa atau pengalaman yang tidak
menyenangkan. Misalnya, mereka pernah bersahabat dengan wanita lantang bersuara untuk
menegakkan hak sehingga dikutuk dan dipulau masyarakat.
Lindenfield berpendapat, bersifat tegas tidak semestinya berlagak atau bossy'.
Masalah ini wujud kerana masyarakat terkeliru dan masih tidak tahu membezakan antara
wanita tegas dan wanita sombong. Lindenfield menjelaskan bahawa wanita yang yakin
kebolehan diri dan bersifat tegas sebenarnya:
- Tidak suka mengarah orang mereka hanya menonjolkan kebolehan atau menyuarakan
pendapat jika merasakan ia dapat membantu menyelesaikan masalah
- Tidak mementingkan dirinya sendiri kerana sedar bahawa jika mereka merasakan ia dapat
membantu orang lain atau mengubah keadaan, mereka perlu mengubah sikap, berfikiran positif
dan cergas
- Tidak suka tunjuk pandai tetapi gemar memberi pendapat jika ia berupaya mengubah keadaan
negatif menjadi positif
- Mereka juga tidak berniat memulau masyarakat walaupun gemar menyendiri kerana yakin
boleh menyelesaikan tugas/masalah tanpa bantuan. Mereka hanya bergaul dengan masyarakat
apabila diperIukan sahaja.
Semua manusia mewarisi keyakinan diri
Lindenfield menegaskan bahawa semua manusia lahir dengan tahap
keyakinan dirinya tinggi. Buktinya bayi tidak pernah meragui hak mereka untuk makan,
minum, dibelai dan dikasihi. Misalnya, apabila perut berasa lapar, mereka akan menjerit
sekuat hati minta disusukan.
Bagaimanapun, semakin meningkat dewasa, tahap keyakinan diri kita akan
semakin berkurangan kesan pelbagai pengalaman pahit yang perlu dilalui. Ia benar-benar
mencabar kekuatan diri. Antaranya:
- Sikap ayah dan ibu kadang-kadang, ada ibu bapa yang tidak menyayangi anak mereka
sepenuh hati akan mengamalkan sikap pilih kasih.
- Kedudukan anda dalam keluarga mungkin anda anak tunggal yang terlalu dimanjakan
atau anak sulung yang dipertanggungjawabkan untuk membimbing adik-adik. Kesannya, anak
tunggal kesayangan kurang keyakinan diri kerana semua kehendak dan keperluan disediakan
oleh ibu bapa, manakala anak sulung pula cepat dewasa dan matang.
- Sikap adik-beradik mungkin anda hilang keyakinan diri kerana sering dibuli abang
dan kakak.
- Sikap guru mungkin anda bukan pelajar kesayangan serta sering dimarahi guru
walaupun kerana kesalahannya kecil. Keadaan ini menyebabkan anda sentiasa tertekan.
- Kawan-kawan anda sering dibuli dipulaukan atau diperguna oleh kawan-kawan
menyebabkan anda berasa rendah diri, lemah dan terpinggir.
- Pengalaman pahit atau ngeri - mungkin anda pernah didera, sama ada fizikal atau mental,
menyebabkan anda sering dihantui rasa takut, bersalah atau tidak berguna.
Adakah kita boleh berubah?
Lindenfield menegaskan, _ tiada perkara yang mustahil _ dan tidak boleh
diubah. seandainya anda menyedari tahap keyakinan diri terlalu rendah, _ cuba kenal pasti
puncanya dan cari jalan penyelesaian terbaik. Usah dibiarkan diri ketinggalan. Tidak mudah
mengubah keadaan negatif kepada positif. Anda perlu gigih berusaha. Antaranya:
- Kepercayaan percaya kita kuat dan boleh berubah. :
- Motivasi Sentiasa beri perangsang kepada diri sendiri untuk meningkatkan semangat.
- Fahami diri sendiri Anda perlu tahu batas kekuatan diri/minda.
- MatlamatPastikan setiap tindakan ada matlamat dan ia perlu berlandaskan kenyataan.
- Latih-tubiUsah lokek mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai matlamat dengan
melatih diri melakukan/memikirkan perkara yang positif.
- SokonganPastikan tindakan anda mendapat sokongan positif/betul daripada keluarga
atau kawan-kawan.
- AnugerahPastikan diri anda dapat merasai nikmat hasil perubahan dilakukan.
Keyakinan menyerlahkan personaliti menarik
Semua wanita mahu dilihat cantik. Justeru, mengapa tidak mencuba petua
Lindenfield ini untuk membina keyakinan diri.