Dewan Perniagaan dan Perindustrian
Kadazandusun, Sabah (KCCI)

Latar Belakang

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun, Sabah adalah satu organisasi yang ditubuhkan untuk bertanggungjawab terhadap mempromosi dan mengembangkan penglibatan masyarakat Kadazandusun dalam kegiatan komersil dan industri. Dewan ini telah didaftarkan dengan rasminya pada 15 Februari, 1996.

Organisasi KCCI

Ahli-ahli Majlis Tertinggi KCCI:

Yang Di Pertua Datuk Ajit A. Galun
Timbalan Yang Di Pertua Encik Marcus M. Mojigoh
Setiausaha Agung
/Setiausaha Eksekutif
Puan Sylvia A. Olas
Bendahari Agung Encik Ladislaus Maluda

Naib-naib Presiden

Perancangan, Pelaburan dan Perusahaan Encik Jake J. Nointin
Industri Pertanian, Ternakan, Perikanan Dan Perusahaan Laut Encik Frederick Lojingki
Industri Pembinaan dan Hartanah Encik Jivinsol Moosom
Perdagangan Tempatan dan Antarabangsa Encik Freddy Ekol
Perhubungan Awam dan Pencetakan Encik Christian Datuk Mobijohn
Pembangunan Sumber Manusia YB Senator Datuk Christine Vanhouten
Pembangunan Perindustrian dan Perusahaan Perkilangan Encik Michael Kubot
Kebajikan Sosial dan Komuniti Encik Pius Jaua

 

Objektif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun Sabah (KCCI)

  • Menyatupadukan para peniaga dan tenaga mahir Kadazandusun untuk kepentingan dan kemudahan masyarakat Kadazandusun.
  • Menubuhkan organisasi perniagaan untuk kepentingan masyarakat Kadazandusun dalam sektor komersil dan industri.
  • Melindungi dan menasihat para ahli berhubung dengan keperluan perundangan dalam bidang komersil dan industri.
  • Menyelaraskan kegiatan perniagaan para ahli dan membantu menyelesai selisih faham sekiranya dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat.
  • Membantu untuk mewakili ahli-ahli dalam perundingan perdagangan dan jual beli mahupun di dalam ataupun luar negeri.
  • Membantu untuk menubuhkan organisasi perbadanan, persatuan, dana, tabung amanah, tabung biasiswa untuk tujuan kebajikan.
  • Membeli, menjual, meminjam, mencagar, memajak, memiliki, menyewa berhubung dengan harta tanah, syer-syer dan apa jua harta-harta.
  • Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pertubuhan atau organisasi lain yang mempunyai objektif dan tujuan yang serupa.
  • Membina bangunan-bangunan di atas tapak tanah kepunyaan KCCI untuk kegunaan Dewan.
  • Meminjam atau mencari sumber kewangan untuk Dewan dengan cara dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Majlis Tertinggi Dewan.
  • Menubuhkan sebuah yayasan untuk tujuan pendidikan dan latihan pengurusan kepada Kadazandusun dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
  • Menerbitkan risalah berjadual atau majalah berhubungkait dengan perdagangan, perniagaan dan keusahawanan.
  • Melaksanakan apa jua amanah terhadap tabung atau harta-harta kepunyaan Dewan.
  • Menerima bantuan kewangan, derma dan harta warisan daripada perbadanan dan individu untuk melaksanakan objektif di atas.

Peranan dan Fungsi

KCCI mempunyai peranan dan fungsi seperti berikut:

  • Rundingcara

Mengadakan rundingancara terhadap segala kegiatan yang menglibatkan segala aktiviti POLISI, PERUNDANGAN dan PROGRAM yang boleh meningkatkan penglibatan masyarakat Kadazandusun dalam bidang komersil dan industri. KCCI juga akan bertindak sebagai jurucakap dalam hal-hal berkaitan dengan masyarakat peniaga Kadazandusun.

  • Fasilitator

Menubuhkan jaringankerja antara ahli-ahli perniagaan untuk merangsang pertubuhan sokongan dan kepentingan bersama.

  • Pemangkin

Menjadi pemangkin terhadap perubahan mental dan sikap ke arah pemikiran positif dalam penglibatan dalam bidang komersil dan industri melalui penyebaran maklumat dan perhubungan awam.

  • Penyelidikan dan Pembangunan serta Perkhidmatan

Membantu untuk mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D) sebagai rujukan khidmat nasihat kepada ahli-ahli Dewan. Menjalankan penyelidikan ke atas rang undang-undang dan membuat analisis polisi yang dapat digunapakai dalam rundingcara.

Wawasan

Untuk menyumbang ke arah pencapaian Wawasan 2020Untuk menyumbang ke arah pencapaian Wawasan 2020, terutama sekali menghadapi cabaran wawasan iaitu mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Misi

Memperkembangkan penglihatan komuniti Kadazandusun di dalam bidang komersil and industri Memperkembangkan penglihatan komuniti Kadazandusun di dalam bidang komersil and industri melalui rundingcara, jaringankerja, pengagihan maklumat, sokongan bersepadu dan penubuhan usahasama dengan usahawan dan para peniaga yang lain.

Program

Antara lain rancangan-rancangan KCCI ialah:

  • Meningkatkan kapasiti dan kebolehan para ahli untuk meneroka bidang perniagaan dan pelaburan
  • Memperkukuhkan KCCI melalui pembangunan organisasi, jaringankerja dan pelaburan
  • Menjalankan analisa polisi, perundangan dan membuat penyelidikan pembangunan (R&D) terhadap peluang-peluang perniagaan.
  • Memperkukuhkan hubungan dengan kerajaan dan dewan-dewan perniagaan lain.
  • Merancang dan mengadakan persidangan-persidangan perniagaan, konvensyen dan kongres untuk menghasilkan idea dan jaringankerja perniagaan.
  • Menyertai misi-misi perdagangan.

Cara Beroperasi (Modus Operandi)

Eksekutif Komiti dibantu oleh pelbagai Biro dan Panel Penasihat dalm semua perkara yang berkaitan.

Kriteria Keahlian

Kriteria keahlian KCCI adalah seperti berikut:

  • Mempunyai pendidikan dalam bidang perniagaan
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan
  • Mempunyai dan sedang menguruskan perniagaan sendiri
  • Mempunyai modal dan aset perniagaan
  • Mempunyai cita-cita dan semangat yang tinggi untuk berjaya dalam perniagaan dan
  • Mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam usaha perniagaan

Faedah Sebagai Ahli

  • Menerima bantuan semasa perundingan dalam bidang perniagaan, pembelian atau penjualan di dalam ataupun luar negeri.
  • Mendapat kerjasama di antara ahli-ahli perniagaan tempatan.
  • Para ahli boleh menghadiri persidangan, konvensyen dan kongres untuk tujuan pembentukan idea dan meningkatkan jaringan perniagaan.
  • Memperkembangkan kapasiti dan kebolehan para ahli untuk melaksanakan kerjasama perniagaan dan melaksanakan pelaburan; dan
  • Memperolehi maklumat terkini tentang perniagaan dan perubahan-perubahan ekonomi semasa.

Yuran Keahlian

Yuran kemasukkan - RM100.00

Yuran Tahunan - RM120.00

Alamat Rasmi

KADAZANDUSUN CHAMBER OF COMMERCE AND INDUSTRY, SABAH
Lot 5, Blok E, Tingkat 2
Kedai SEDCO, Pekan Donggonggon
89500 PENAMPANG

Alamat Perhubungan

KADAZANDUSUN CHAMBER OF COMMERCE AND INDUSTRY, SABAH
P. O. Box 633
89507 Penampang
SABAH, MALAYSIA
Tel: 725306, 726306, 727306
Faks: 729306
Email: kcci@tm.net.my

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -