DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SABAH (DPBS)

Matlamat

Matlamat DPBS yang merangkumi berbagai bidang itu diantaranya seperti berikut:

  • Membangun dan rnenggalak masyarakat Bumiputera yang ingin meluaskan kepentingan perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
  • Memberi latihan dan khidmat nasihat kepada usahawan bumiputera.
  • Mengambil bahagian dalam perniagaan dan perusahaan.
  • Membantu ahli menyelesaikan masalah perniagaan yang mereka hadapi termasuk memperjuangkan kepentingan mereka dari segi undang-undang negara yang berkaitan dengan kepentingan dan hak-hak istimewa kaum bumiputera.

Peranan

  • Peranan berkesan DPBS yang dimainkan oleh DPBS untuk mencapai matlamatnya banyak bergantung kepada iklim (suasana) dan situasi di dalam menjalankan fungsi kearah mencapai tujuan dan matlamatnya diselaraskan mengikut masa dan suasana.

  • Strategi yang diambil akan berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan membantu usahawan-usahawan bumiputera secara umumnya yang memerlukan pembelaan.

  • DPBS menjalankan segala daya usaha menanam modal bagi perniagaan perdagangan atau perusahaan yang boleh mendatangkan hasil kepada DPBS untuk menjayakan matlamatnya bagi kepentingan ahlinya.

DPBS sebagai Urusetia kepada ahlinya.

Unit Pentadbiran

Unit ini bertanggungjawab ke atas pusat pentadbiran seharian DPBS termasuk semua hal-ehwal pekerjaannya ahli-ahlinya dan Pejabat-Pejabat Perhubungan DPBS dalam strategik diseluruh Sabah.

Unit ini telah dilengkapkan dengan komputer dan alat-alat kelengkapan Pejabat yang lain.

Unit Kewangan

Unit ini bertanggungjawab ke atas semua pengurusan kewangan dan perakaunan.

Unit Penerbitan Dan Penerangan

Unit ini menerbitkan Buletin Buminiaga 3 bulan sekali untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan.

Unit Latihan Dan Bimbingan

Unit ini mengadakan kursus-kursus dan latihan-latihan yang boleh menaikkan kualiti kerja pengurusan dan ilmu keusahawanan. Unit ini rmenganjurkan Kongres Ekonomi dari masa ke semasa.

Kongres melahirkan beberapa resolusi-resolusi penting yang boleh dijadikan garis panduan oleh Kerajaan bagi menangani masalah ekonomi bumiputera serta strategi-strategi kearah mengujudkan satu masyarakat perdagangan dan perindustrian yang maju dan berdaya tahan di Sabah.

Unit Pengumpulan Maklumat

Unit ini bertanggungjawab mengumpul maklumat tentang ahli (mengikut aktiviti dan pengalaman kerja) untuk memudahkan DPBS mengurus bantuan yang diperlukan.

Ahil Menjadi Sasaran

  • Apapun yang diambil oleh DPBS adalah untuk kepentingan ahli-ahlinya yang terdiri daripada Ahli Biasa, Ahli Korporat dan Ahli Bersekutu.

  • DPBS terbuka kepada orang perseorangan (berasal dari Sabah), Syarikat dan Persatuan Bumiputera.

  • DPBS mempunyai ahli berdaftar lebih dari 1,268 orang dan syarikat 300 ahli dikategorikan sebagai aktif (yang menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh DPBS).

Masyarakat Bumiputera Menjadi Sasaran

  • DPBS juga memperjuangkan kepentingan masyarakat bumiputera secara menyeluruh.

  • Tidak terkecuali ialah golongan ahli politik dan organisasi serta Persatuan Bumiputera yang lain.

Matlamat dicapai melalui kerjasama dan sinergi yang rapat dengan badan-badan tersebut.

DPBS Mencapai Matlamatnya Melalui Kegiatan-Kegiatan Yang Berikut:

  • Urusetia DPBS bertanggungjawab membantu ahli-ahlinya dalam perniagaan mereka.

  • Syarikatnya, DPBS Holding Sdn Bhd dan Syarikat-Syarikat dalam kumpulannya bertanggungjawab soal-soal perniagaan DPBS, alamat adalah seperti berikut:

DPBS Holding Sdn Bhd
Penthouse, WISMA BUMI
Lot 119, Tingkat 4, Blok B
Jalan Gaya
88999 KOTA KINABALU
Tel: 088-244830
Faks: 088-244050
E-mail . light@pc.jaring.my
Orang yang dihubungi: Pengarah Eksekutif (En. Light Bin Nanis)
  • Konsortium Usahawan KUBS (Sabah) Sdn Bhd merupakan sebuah Syarikat Subsidiari DPBS Holding Sdn Bhd yang Usahasama dengan Ahli-Ahli DPBS melalui pengumpulan dana kepakaran dan pengalaman.

  • DPBS mengambil bahagian dalam persidangan delegasi perdagangan yang dianjurkan dalam pameran untuk mempromosikan perdagangan melalui BIMP-EAGA semenjak ianya diperkenalkan.

  • DPBS mempunyai wakil dalam Ahli Jawatankuasa dalam BIMP-EAGA Sabah dan juga Pengerusi dalam Jawatankuasa Kecil " Sea Linkage Committee".

DPBS Sebagai Rakan Kongsi Dengan Ahlinya

  • Satu konsortium yang bernama Konsortium Usahawan KUBS (Sabah) Sdn Bhd ditubuhkan oleh 30 syarikat dalam bidang dan sektor perniagaan.

  • DPBS bekerjasama dan usahasama dengan ahli-ahlinya untuk mendapatkan kawasan perumahan yang sesuai untuk pembangunan perumahan dan komersil.

  • DPBS bekerjasama dan usahasama dengan ahli-ahlinya untuk menyertai tawaran-tawaran dan projek-projek Kerajaan.

  • DPBS melantik ahli-ahlinya sebagai kontraktor untuk membangunkan 5,000 unit rumah kos rendah diseluruh Negeri Sabah.

Kejayaan DPBS bergantung kepada semua pihak iaitu' Ahli Majlis Tertinggi, Urusetia dan ahli-ahli serta komitmen pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dan Pusat kearah menjayakan Masyarakat Bumiputera dalam perniagaan dan perindustrian.

Kejayaan usahawan Bumiputera adalah kejayaan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah dan begitulah juga sebaliknya.

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -