DEWAN PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN TIONGHUA KOTA KINABALU (KKCCCI) Pengenalan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1911. Pada masa itu ia dikenali sebagai Dewan Perniagaan Tionghua Jesselton. Jumlah keahlian telah bertambah dari hanya 50 lebih orang kepada lebih dari 1,000 orang pada masa kini. Objektif-objektif Dewan
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) telah memainkan peranan yang aktif dalam memajukan pendidikan Cina. Setakat ini terdapat 5 buah sekolah di bawah pengurusan dewan ini, iaitu SRJK Chung Hwa Kampung Air, SRJK Chung Hwa Likas, SRJK Hwa Shiong Putatan, Tadika Chung Hwa Likas dan Tadika Hwa Shiong Putatan. Sementara itu, Sekolah Tinggi Kota Kinabalu adalah di bawah pengurusan bersama antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu dan Persatuan Masyarakat Cina Bersatu Sabah (United Sabah Chinese Communities Kota Kinabalu) serta Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tinggi Kota Kinabalu Sabah. Untuk memainkan peranan utamanya dalam memajukan bidang perniagaan dan perindustrian, dewan ini telah memperkukuhkan organisasi dengan mewujudkan berbagai biro dan jawatankuasa kecil yang bertanggungjawab ke atas berbagai aktiviti. Terdapat 4 biro di bawah dewan ini iaitu Biro Perniagaan dan Perindustrian, Biro Hal Ehwal Awam, Biro Kebudayaan dan Pendidikan; dan Biro Pentadbiran dan Kewangan. Laman web Dewan Perniagaan dan Perindustrian
Tionghua Kota Kinabalu ialah:
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -