|
||
|
||
|
Bagaimana anda boleh menjadi penyumbang? eMas Sabah dibina oleh masyarakat untuk masyarakat, . Anda boleh memberikan sumbangan secara sukarela untuk berkongsi tenaga kepakaran dan kemahiran anda dengan semua komuniti yang lain. Pada masa ini, pihak kami memerlukan pakar-pakar pencipta laman web sukarela untuk membina eMas Sabah. Jika anda berkemahiran di dalam bidang penciptaan laman web, dan ingin menghulurkan perkhidmatan secara sukarela, sila hubungi Pengurus Projek. Organisasi-organisasi bukan kerajaan boleh mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi mereka dengan lebih meluas lagi melalui eMas Sabah. Dengan memuatkan maklumat pengenalan tentang organisasi anda di dalam laman ini, maka, lebih ramai orang akan mengenali organisasi anda dan dengan itu dapat menyebarkan maklumat secara lebih efektif berbanding sebelumnya. Pada dasarnya, eMas Sabah menyediakan satu cara untuk anda mencapai kumpulan sasar dan matlamat organisasi anda. Organisasi-organisasi bukan kerajaan juga digalakkan
memberi sumbangan mereka kepada eMas Sabah dalam bahagian Khidmat Nasihat eMas. Sekiranya
anda ingin menyediakan khidmat anda melalui eMas Sabah, sila hubungi Pengurus Projek bagi
mendapatkan maklumat lanjut. Organisasi-organisasi bukan kerajaan yang mengambil bahagian
akan diperuntukkan penempatan laman web , akses Internet dan akaun mel elektronik secara
percuma.
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah - Best Viewed with IE in 800
X 600 resolution -
|