KERMAH
1. Membantu membina semangat kumpulan dan espirit de-corps yang sejajar dengan objektif kerajaan iaitu "Kepimpinan Melalui Teladan" dan kerajaan yang "BERSIH, CEKAP DAN AMANAH" dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sukan, kesusasteraan, kebudayaan dan rekreasi;
2. Mengadakan lawatan-lawatan sambil belajar;
3. Memupuk persahabatan dan muhibah dengan orang ramai.
|
Y.A. Datuk Richard Malanjum Hakim, Mahkamah Tinggi Sandakan |
PENASIHAT Tuan Sangau Gunting Hakim, Mahkamah Sesyen Sandakan |
|
PRESIDEN Puan Grace Puntang |
NAIB PRESIDEN Puan Noridah Ghazali |
|
SETIAUSAHA Cik Lo Kam Len |
BENDAHARI Tuan David Apin |
|
AHLI JAWATANKUASA Tuan Shamsul Bolhassan Cik Hajjah Noorleza Dacho En. Sarkawi Loso |
AHLI JAWATANKUASA Puan Fatimah Jimadi En. Mohammad Abd. Sani En. Wong Tamin Simad |
AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK 1999
Jamuan Makan Pesta Kongsi Raya
Jamuan Makan Hari Natal
Lawatan Sambil Belajar Ke Sukau; Lembah
Danum Dan Lain-Lain Destinasi Pelancungan.
Malam Kehakiman (Judicial Night 1999)
Bengkel Internet Dan Homepage
1. Semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman adalah layak menjadi ahli Kelab.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan permohonan dihantar kepada Setiausaha Kelab yang akan mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Kelab untuk diluluskan. Jawatankuasa Kelab boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
3. Tiap-tiap permohonan yang telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran Kelab bagi bulan pertama seperti yang ditentukan sebaik sahaja ianya diterima menjadi ahli Kelab.
4. Bayaran masuk adalah sebanyak RM5.00 dan yuran bulanan ialah RM1.00 dan hendaklah dibayar kepada Bendahari Kelab terlebih dahulu di dalam masa 10 hari pada awal tiap-tiap bulan.