http://www.sabah.org.my/kgks_sdk/

Laman Rasmi KGKS Sandakan


Go to content

Keperluan, Tuntutan & Peranan

Perjuangan

PERJUANGAN KGKS
Kehadiran KGKS sebagai kesatuan sekerja tertua di Sabah senantiasa mengorak langkah inovatif agar menjadi terus relevan dan berusaha memenuhi keperluan dan tuntutan ahli dari pelbagai sudut disamping terus memperjuangkan isu-isu berkaitan keguruan dan pendidikan yang meliputi :

  • Dasar Pendidikan
  • Perkhidmatan Perguruan
  • Perjawatan
  • Kenaikan Pangkat
  • Kebajikan Guru


Dalam masa yang sama KGKS turut menitik beratkan hal-hal berikut:

PERLINDUNGAN HAK

  • Melindungi daripada diskriminasi oleh majikan.
  • Mendapat layanan yang adil.
  • Melindungi taraf kehidupan keselamatan, status dan kehormatan diri serta maruah.
  • Elakkan daripada pemecatan (Retrenchment) yang tidak adil.


EKONOMI

  • Memperbaiki syarat dan keadaan perkhidmatan iaitu mengenai gaji dan faedah-faedahnya.
  • Menyediakan pinjaman kewangan melalui Koperasi Guru-guru Bumiputera Sabah (KOGBS).
  • Peluang memiliki salam KOGBS yang boleh membawa pulangan keuntungan.
  • Menyediakan Tabung Pencen Bermanfaat yangmemberikan manfaat kematian dan keilatan kekal.


SOSIAL

  • Mengeratkan perpaduan dan semangat kekitaan antara ahli.
  • Keperluan manusia untuk dipunyai oleh kumpulan tertentu.
  • Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan untuk membantu rakan sekerja dalam memperbaiki keadaan dan syarat-syarat pekerja dengan memberi sumbangan dalam usaha kesatuan guru.
  • Mempunyai kekuatan bersama untuk berunding mengenai syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik.


Dalam lipatan sejarah perkembangan dunia pendidikan, KGKS telah banyak memainkan peranan samada di peringkat negeri Sabah maupun peringkat kebangsaan. Antaranya :

KGKS DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. AJK majlis permuafakatan KPPM
2. AJK Induk Hari Guru Kebangsaan
3. AJK menangani gejala disiplin
4. AJK pendidikan kesihatan
5. AJK pencegahan salahlaku dan perundangan
6. Ahli majlis mesyuarat Sumber Manusia
7. Ahli majlis mesyuarat menangani isu-isu pendidikan

KGKS DENGAN RAKAN KESATUAN
1. Ahli mesyuarat permuafakatan kesatuan-kesatuan se Malaysia
2. Setiausaha Permuafakatan Kesatuan Guru Sabah Sarawak
3. Majlis Pra Konsult Permuafatan KPPM

Laman Depan | Perutusan | Pengenalan | Keahlian | Perjuangan | Tabung Kebajikan | Muat Turut | Site Map


Back to content | Back to main menu