http://www.sabah.org.my/kgks_sdk/

Laman Rasmi KGKS Sandakan


Go to content

Perutusan



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan rahmatNya laman web ini telah berjaya ditempatkan hampir tiga tahun di tapak sabah.net.

Dalam tempoh tersebut pelbagai komen telah diterima dan memberikan impak kepada bentuk serta penyusunan strategik KGKS Sandakan. Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan semua guru di daerah ini memilih Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) sebagai kesatuan tempat bernaung dan menyuarakan pandangan untuk kebaikan guru khasnya di Sandakan ini. Marilah kita bersama menggalakkan kawan-kawan kita menjadi ahli dan seterusnya menikmati faedah daripada perjuangannya.

Mantan Presiden Amerika Syarikat ada berkata “jangan tanya apa sumbangan negara kepada kamu tetapi tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara”. Dalam konteks kesatuan, sudah barang tentu konotasi di atas boleh menjadi inspirasi untuk terus berjuang untuk kepentingan yang lebih ramai kerana perjuangan kesatuan bukanlah perjuangan untuk kepentingan individu.

Setakat ini daerah Sandakan mempunyai ahli yang paling ramai. Namun begitu, kita akan meneruskan penambahan ahli melalui kempen dari sekolah ke sekolah. Saya berhasrat untuk menjadikan tahun 2009 ini sebagai tahun yang boleh mencecah 1000 orang ahli. Dengan sokongan kuat daripada Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan dan dengan kerja kuat daripada semua AJK, saya yakin hasrat ini boleh tercapai.

Akhir sekali, salam perjuangan dan semoga diberkati.

Sekian, wassalam.

HJ. JAMAL ASIM,
Pengerusi KGKS Sandakan.


Laman Depan | Perutusan | Pengenalan | Keahlian | Perjuangan | Tabung Kebajikan | Muat Turut | Site Map


Back to content | Back to main menu