Seseorang yang menjadi ahli KGKS akan beroleh:
- Perhubungan yang baik dengan majikan.
- Meningkatkan prestasi perkhidmatan.
- Memperjuangkan saraan dan upahan yang adil dan sesuai.
- Memudahkan proses penyelesaian sebarang permasalahan dan pertelingkahan dengan majikan secara permuafakatan.
- Faedah kebajikan dari segi sosi-ekonomi dan keilmuan profesion
- Mendapat bantuan guamanan daripada kesatuan untuk menyelesaikan masalah atau pertikaian mengenai status perkhidmatan.
- Mendapatkan pelbagai faedah yang diperuntukan dalam Pelan Tabung Takaful KGKS/KOGBS.