| Sejarah Penubuhan Pasukan Laga FC |
|
Kelab ini ditubuhkan pada awal pertengahan 1998. Sebelum itu ia dikenali sebagai pasukan LAGA. Pada mulanya kelab ini ditubuhkan hasil dari gabungan tiga jabatan iaitu jabatan Komunikasi Korporat Yayasan Sabah, jabatan Akaun Yayasan Sabah serta jabatan Teknologi Maklumat Yayasan Sabah. Idea ini ditimbulkan berasaskan atas kurangnya aktiviti sukan terutamanya sukan bolasepak diperingkat organsasi Yayasan Sabah. Berlandaskan kepada itu maka dicadangkan penubuhan pasukan LAGA untuk mengisi aktiviti sukan terutamanya bolasepak di organsasi ini. LAGA membawa maksud semut merah (rajin, komited bersatu hati serta berbisa). Asas inilah nama LAGA digunakan. Susulan dari itu pasukan LAGA pada masa itu sering mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab serta pasukan bolasepak luar. Diperingkat itu pasukan LAGA masih mengutamakan pemain yang berkerja dengan organsasi Yayasan Sabah. Disebabkan komitmen kerja sebahagian daripada pemain LAGA pada masa itu, sering tidak dapat menghadirkan diri dalam setiap perlawanan persahabatan. Maka pertengahan 1999 pasukan LAGA membuka keahlian dengan menjemput beberapa pemain dari organsasi luar untuk bermain dengan pasukan LAGA. Oleh kerana sambutan terhadap pasukan ini, maka ada beberapa pemain lama telah digugurkan dari pasukan ini. Menyedari tentang sambutan terhadap pasukan LAGA maka pasukan LAGA mencadangkan seorang pengurus dilantik dan jawatan kuasa dibentuk. Dan orang pertama yang dilantik sebagai pengurus adalah saudara Adrian Banting. Bertitik tolak dari itu pasukan LAGA semakin hari mendapat sambutan. Dan pasukan ini sering dijemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Dalam pada itu penaja juga semakin ramai yang ingin menaja. Pada awal tahun 2000, pasukan ini telah dijadikan sebuah kelab sehinggalah ke hari ini. |