Pengenalan

Semua maklumat yang dinyatakan dalam bahagian ini hanyalah untuk makluman dan rujukan terkini tentang perkembangan pasukan Laga FC. Sebarang cadangan, pendapat dan komen anda bolehlah dikemukakan atau dihantar kepada pihak pengurusan pasukan dengan mengisi borang maklumbalas ini. Segala sokongan dan keperihatinan anda amtlah dihargai.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pemain Laga FC berkenaan dengan tanggungjawab, komiten dan tugasan masing-masing.

Objektif
Selain daripada terlibat dengan aktiviti sukan bola sepak, antara objektif Laga FC yang dipersetujui oleh pihak pengurusan pasukan adalah:

  • Semua pemain mestilah dapat memberikan perhatian dan kerjasama dengan melibatkan diri dalam aktiviti amal kebajikan pasukan. Sebarang kesusahan yang melibatkan anggota Laga FC, pihak anggota Laga FC akan bersama-sama menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau pun dalam bentuk yang lain.
  • Penglibatan pasukan dalam "CHARITY WORK" turut juga diberi keutamaan. Di antaranya adalah kempen menderma pakaian yang terpakai kepada pihak-pihak yang memerlukannya.

Yuran Bulanan
Bagi musim ini, yuran bulanan adalah sebanyak RM15.00 sebulan. Bayaran yuran tersebut haruslah diserahkan terus kepada bendahari kelab atau penolong pengurus iaitu untuk direkod dan dikemaskinikan.. Yuran bulanan WAJIB dibayar oleh setiap pemain kerana wang tersebut akan digunakan bagi tujuan membiayai kos pembayaran padang dan pengadil, perubatan minuman serta keperluan pasukan yang lain. Pembayaran "advance" lebih digalakkan.

Pemain Jemputan
Pemain jemputan hanya boleh ditentukan oleh pihak pengurusan Laga FC sahaja. Pemain hanya boleh merekomendasi sahaja.

Ketua Jurulatih
Ahli majlis sebulat suara bersetuju untuk melantik Encik Gerald Mojiliu sebagai ketua jurulatih pasukan Laga FC.

Komitmen
Setiap pemain hendaklah memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap kehadiran serta displin yang tinggi. Setiap pemain juga diingatkan agar dapat mengawal emosi ketika dalam atau di luar padang bagi tiap-tiap perlawanan bolasepak yang dilangsungkan.

Baju T-Shirt/Jersi
Untuk makluman, setiap pemain akan dibekalkan sehelai t-shirt. Walau bagaimanapun t-shirt hanya diberikan berdasarkan komitmen (disiplin, kehadiran, pembayaran yuran bulanan). Pemain juga diingatkan agar memakai t-shirt tersebut setiap kali ada perlawanan persahabatan dan juga pertandingan.

Peraturan Penggunaan Jersi Pasukan

  • Setiap pemain dikehendaki memakai jersi berdasarkan nombor jersinya. Tidak digalakan sama sekali untuk memakai jersi yang bukan nombornya kecuali dengan KEBENARAN pemain tersebut.
  • Setiap pemain dikehendaki menyerahkan semula jersi selepas tamatnya satu-satunya perlawanan.
  • Pemain adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jersi tersebut selagi perlawanan masih berlangsung. Sekiranya jersi tersebut hilang semasa dalam tangan pemain, pemain diminta bertanggungjawab untuk mengantinya semula.
  • Bagi mengelakan sebarang kehilangan, hanya 3 (tiga) orang yang dipertanggungjawab untuk menyimpan/mencuci.
    a. Jessel Kamijan
    b. Nestor Pason
    c. Samson Lawrence

Kemudahan Pasukan

  • 2 set jersi
  • Bola
  • Alatan Perubatan
  • Pengadil
  • Minuman