BANNER
06.02.2011 10:29 PM

Pada keseluruhannya, bangunan masjid negeri ini sempurna dibina memakan masa selama kira-kira lima tahun. Kerja asasnya iaitu kerja cerucuknya (piling) telah dimulai pada awal tahun 1970 oleh pemborong, Syarikat Metropolitan Construction, Kota Kinabalu dan siap pada akhir tahun itu juga. Kerja pembinaan bangunan dimulai pada awal tahun 1971 oleh Pemborong Ng Goon Han Construction Company Sdn. Bhd., Semenanjung Malaysia. Rangka bangunan itu keseluruhannya telah dapat disiapkan di akhir tahun 1974. Dari tahun 1974 hingga 1975, kerja-kerja di bahagian dalam dan luar diteruskan. Kerja-kerja ini disempurnakan oleh beberapa pemborong kecil yang masing-masing dengan kepakarannya seperti membuat kerja-kerja mengenai dinding, lantai, mosaik, sistem tenaga letrik, sistem pembesar suara, perabut, permaidani dan sebagainya.

Konsep dan rekabentuk

Rekabentuk Masjid Negeri Sabah yang dicipta oleh arkitek Jurubena Bertiga ini mempunyai konsepnya yang tersendiri. Walaupun ia dibina dan dipersiapkan dengan segala peralatan moden, namun sesiapa jua yang melihatnya dari luar masjid itu, dengan sepintas lalu sahaja dapat menggambarkan rekabentuknya adalah merupakan suatu gabungan antara zaman keagungan Islam yang silam dengan zaman moden.

kubahKubah besar yang terletak di bahagian kiblat masjid itu adalah merupakan tradisi keagungan Islam yang berkekalan dari zaman silam, diilhamkan dari masjid-masjid lama yang besar dan termasyhur di dunia seperti Masjid Al-Aqsa di Baitul-Makdis, Masjid Biru yang termasyhur di Istanbul dan Masjid Jame di New Delhi dan Lahore. Demikian juga menara yang setinggi 215 kaki itu rekabentuknya diilhamkan daripada Masjidil-Haram di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah.

Pengenalan tradisi ini mencerminkan bahawa ugama Islam tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas, sehinggalah Hari Qiamat. Disamping itu juga mencerminkan hasrat dan cita-cita umat Islam supaya sentiasa mematuhi syariat Islam pada zaman ini dan akan datang terpaksa terpaksa menghadapi dan menerima cabaran-cabaran hidup dan arus zaman yang serba moden ini. Sementara itu rekabentuk dan hiasan masjid dibahagian dalam memperkuat- kan lagi konsep yang tersebut Seorang Islam yang berada di Dewan Sembah- yang di bawah kubah besar itu akan menikmati satu suasana yang penuh khusyuk dan taqwa, bukan sahaja kerana memerhatikan keindahan hiasannya tetapi juga akan menginsafi betapa agungnya kekuasaan Allah yang yang tergambar dari seluruh pemandangan di sekitar bahagian dalam masjid.


Tapak Masjid


Tapak Masjid Negeri Sabah ini seluas 14.5 ekar, terletak di kawasan yang strategik iaitu di persimbangan bulatan Sembulan antara Jalan Mat Salleh dan Jalan Sembulan. Di sekitar masjid itu terdapat kompleks bangunan kerajaan seperti bangunan Urusetia Kerajaan Negeri, bangunan Rumah Persekutuan yang menempatkan Jabatan-jabatan persekutuan, bangunan Jabatan Kerja Raya, Bangunan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), bangunan Yayasan Sabah-Institut Teknologi MARA, Maktab Sabah, Sekolah Menengah SANZAC, Sekolah Menengah Islam Toh Puan Hajjah Rahmah, Pusat Pembangunan Masyarakat, Majlis Ugama Islam Sabah dan Kampung Sembulan yang penghuninya terdiri kebanyakannya orang-orang Islam.

Dari anggaran asalnya sebanyak RM1 juta dalam bulan Julai 1968. Ianya telah meningkat ke RM1.6 juta pada 5 Februari 1969 bila didapati cerucuknya terpaksa dibuat dengan konkrit. Tujuh bulan kemudian anggarannya meningkat kepada RM5.6 juta bila jawatankuasa memutuskan supaya dibuat kubah besar diliputi denga mosaik-mosaik yang diimport dari Itali. Pada 18 November 1970, keputusan telah diambil untuk membina 16 kubah-kubah kecil yang kesemuanya diliputi dengan mosaik-mosaik mas-kaca yang juga diimport dari Itali dan dengan ini perbelanjaan telah meningkat ke RM7.2 juta. Akhirnya kos meningkat sehingga RM15 juta apabila diputuskan yang seluruh bangunan masjid itu harus diliputi dengan batu marmar dari Itali dan ditulis dengan ayat-ayat suci al-Quran di luar dan dalam serta dibina makam pahlawan; serta juga menimbus kawasan tambahan yang dipagar dengan besi yang diukir dengan cantiknya.


Sumber Kewangan


Sumber kewangan bagi pembinaan masjid ini diperolehi daripada derma orang ramai, bantuan Kerajaan dan hasil daripada keluaran kayu balak yang dimiliki oleh Badan Pembinaan Masjid sendiri.

 

  PautanUtama
  Quran On-Line
 

Alamat Perhubungan

 

Tabung Masjid

 

Halal Sabah

 

Solat.Net

 

Madrasah Islamiah

  Remaja Islam Sabah
 

Pengurusan Jenazah

  MasjidLain
 

Masjid di Negeri Sabah

  Masjid UMS
  My Masjid
  Masjid Jamek KL
  Masjid Damansara KL
  Masjid Kg.Siglap
  Masjid SUPRI BOLKIAH
  Masjid Aleem Siddique (Singapore)
  InstitusiAgama
 
 
 
 
 
  Pautanlain
  Kerajaan Malaysia
  Laman QIRAATI
  Harun Yahya
  Kira Zakat
  Turn to Islam
  Islam Web
  Info Islam Kerajaan Saudi
  Dr. Ismail Thambi
  Laman AV Islam
  Share Islam
  Islam Network
  Persatuan Pengguna Islam
  Muat turun Perisian Azan
  OIC
  Ahmad Deedat
  Yusof Al-Qaradawi
  Ahya.Org
  Ahkam On-Line
  Kuliah Dr.Ismail Lutfi Yala
  Ahli Kongres Islam US
  Jahabersa
  Zakat Sabah

Perkhidmatan Dalam Talian (On-Line)


Al-Quran

Himpunan Fatwa
Di Seluruh Malaysia

Koleksi Hadith
Harian JAKIM

Rujukan &
Pertanyaan Agama

Koleksi Khutbah
Oleh JAKIM

Rujukan Rasmi
Sijil Halal JAKIM.
  Islamic Edu
Notis Penafian: Pihak pentadbir web tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atas penggunaan dalam
maklumat yang dipaparkan dalam laman ini.

Hakcipta terpelihara © MNS2011