DR.17.10.2000

RANG UNDANG-UNDANG RUMAH PERJUDIAN TERBUKA (PINDAAN) 2000

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Chan Kong Choy): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dibaca kali kedua sekarang.

Dato' Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, pindaan undang-undang bertujuan untuk membanteras kegiatan perjudian tanpa lesen yang telah mencapai tahap yang membimbangkan. Perjudian tanpa lesen tidak lagi tertumpu di pusat-pusat mesin hiburan tetapi telah berkembang ke café cyber, kedai kopi, kedai runcit, salun rambut, salun kecantikan dan rumah-rumah persendirian disebabkan oleh perkembangan semasa dalam teknologi komputer dan telekomunikasi.

Keleluasan perjudian tanpa lesen juga mengakibatkan aktiviti kongsi gelap yang sekarang ini telah menjadi masalah sosial dalam masyarakat kita. Oleh itu kerajaan berhasrat aktiviti perjudian tanpa lesen dikawal, ditangani dan dibanteras dengan segera.

Berdasarkan kepada implikasi sosial dan agama telah menjadi dasar kerajaan tidak menggalakkan pertumbuhan aktiviti perjudian. Kerajaan telah mengadakan kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian yang di antaranya adalah:

(i) Kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian

(ii) adalah dilarang orang yang beragama Islam, mereka di bawah umur 21 tahun dan murid sekolah daripada memasuki premis-premis perjudian.

Usaha-usaha pengawalan tersebut tergugat dengan adalah perjudian tanpa lesen ini yang berleluasa. Justeru itu, beberapa peruntukan perundangan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 atau dikenali sebagai Akta 289, yang sedia ada perlu dipinda untuk membanteras dan mengatasi masalah perjudian tanpa lesen.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 bertujuan untuk:

  1. meminta dan memberi beberapa definsi baru kepada beberapa takrifan yang digunakan di dalam akta untuk memberi tafsiran yang lebih jelas kepada peruntukan yang terdapat di dalam akta tersebut;
  2. mencadang dan mengesyorkan kadar denda dan dengan izin, punitive punishment yang perlu dikenalkan ke atas mereka yang terlibat dalam aktiviti perjudian tanpa lesen tidak kurang dari RM10,000 dan tidak lebih dari RM100,000 untuk setiap mesin yang dirampas dan dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun;
  3. memotong bekalan eletrik di premis-premis yang didapati mengendalikan aktiviti lesen untuk mengelakkan mereka meneruskan operassi dipremis yang sama da sebagai hukuman kepada pemilik premis;
  4. mengenal pasti maklumat-maklumat dengan lebih tepat supaya tindakan boleh diambil serta-merta dan barangan boleh dirampas dan dimusnah dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 14 hari mengikut paraturan undang-undang; dan
  5. menentukan agensi-agensi penguat kuasa bertindak dan menguatkuasakan melalui pendakwaan, mendenda dan merampas di atas kegiatan-kegiatan perniagaan mesin judi tanpa lesen dengan lebih berkesan tanpa gangguan. Dan memudahkan urusan pendekwaan dan memberi kuasa yang sewajarnya kepada pengawai polis di dalam mengambil tindakan di dalam membanteras aktiviti ini.

Tuan Yang di-pertua, saya mohon untuk menghuraikan pindaan-pindaan dalam Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 ini seperti berikut:

Fasal 1 Rang Undang-undang ini mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda subseksyen 2(1) Akta 289 untuk meminda takfif sedia ada tertentu dan untuk memasukkan takrif baru tertentu bagi ungkapan yang digunakan Akta 289.

Takrif yang dipinda di dalam Seksyen ini adalah dengan izin, ‘gaming and instruments or appliances for gaming’. Takrif baru yang diperkenalkan adalah dengan izin, gaming machine, officer in charge of a police district, operator of a gaming machine, energy, licensee and supply authority’.

Fasal 3 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda subseksyen 4(1) Akta 289 untuk menetapkan suatu penalti tambahan bagi kesalahan mengendalikan mesin-mesin judi dalam rumah perjudian terbuka.

Fasal 4 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru 4B ke dalam Akta 289 untuk menjadikannya suatu kesalahan untuk membuat urusan mengenai mesin judi.

Seseorang yang disabitkan di atas suatu kesalahna di bawah Seksyen 4B boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 bagi setiap mesin judi yang disita dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun.

Fasal 5 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda subseksyen 7(3) Akta 289 untuk mengadakan peruntukan bahawa seseorang yang didapati bermain atau mengendalikan sesuatu mesin judi di tempat awam hendaklah dianggap sebagai berjudi jika apa-apa wang atau benda bernilai yang lain telah digunakan dalam memaikan atau mengendalikan mesin judi itu.

Fasal 6 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda subseksyen 11(5) Akta 289 untuk mengehendaki pihak pendakwa memberi notis mengenai cadangannya untuk menggunakan parakuan agar perjudian yang diberikan di bawah subseksyen 11(4) sebagaimana bila perakuan yang diberikan di bawah subsekyen 11(3) hendak diberikan sebagai keterangan.

Fasal 7 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru 15A ke dalam Akta 289 untuk memberi pegawai penjaga daerah polis kuasa untuk menutup mana-mana premis yang dia ada sebab yang baik untuk mempercayai sedang digunakan bagi maksud berjudi.

Fasal 8 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru 16A ke dalam Akta 289 untuk mengadakan peruntukan bagi perlucuthakkan mesin judi yang disita.

Fasal 9 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru 21A ke dalam Akta 289 untuk memberi pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Penolong Penguasa kuasa untuk memohon bagi pemotongan bekalan tenaga ke mana-mana premis jika dia ada sebab yang baik untuk mempercayai bahawa premis itu atau mana-mana bahagian premis itu sedang digunakan bagi maksud berjudi. Pemotongan dan penyambungan semula bekalan tenaga hendaklah dijalankan di bawah dan mengikut Akta Bekalan Elektik 1990 atau Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Fasal 10 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru 22A ke dalam Akta 289 untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan orang bagi atau atas atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang dikatakan dilakukan di bawah Akta 289.

Fasal 11 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Seksyen 25 Akta 289 untuk membolehkan seseorang yang disabitkan di atas kesalahan kedua di bawah Seksyen 4B diikat jamin.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]:

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dibaca kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ya, Gaya.

3.16 ptg.

Datuk Yong Teck Lee [Gaya]: Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana bercadang meminda Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka pada hari ini dan saya rasa ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk mengurangkan aktiviti perjudian seterusnya bagi mengetatkan undang-undang dan mekanisme penguatkuasaan dengan izin, to tighten enforcement mechanism terhadap perjudian tanpa lesen ataupun perjudian haram.

Saya rasa Dewan yang mulia ini seharusnya memberikan sokongan yang penuh kepada rang undang-undang ini. Saya mengalu-alukan kenyataan Timbalan Menteri sebentar tadi bahawa kerjaan tidak lagi mengeluarkan lesen perjudian dalam semua bentuk. Ucapannya menyentuh tentang komputer based, perjudian di cyber café dan lain-lain. Tetapi kenyataan Timbalan Menteri sebentar tadi tidak lagi mengeluarkan lesen perjudian dalam semua bentuk.

Dalam pandangan saya ini termasuk empat ekor , di mana lesen perjudian bagi empat ekor, ia satu lesen dari Kementerian Kewangan tetapi………….

Datuk Yong Teck Lee: Di mana kalau lesen empat ekor ini ia satu lesen dari Kementerian Kewangan tetapi ia banyak lesen-lesen premis (outlet) di kedai-kedai di banyak daerah.

Saya minta penjelasan sama ada keputusan kerajaan tidak lagi menambah lesen perjudian termasuk lesen-lesen outlet atau premis empat nombor ekor termasuk outlet di mana bagi lesen syarikat induk itu, mereka tidak akan dibenarkan menambah ataupun membuka outlet baru bagi tujuan menjalankan perjudian empat ekor.

Pada masa yang sama, saya berharap Menteri dapat memberikan penjelasan dalam rang undang-undang ini. Di mana kesalahan di Fasal 4, Tuan Yang di-Pertua, di mana kesalahan di Seksyen 4B boleh didenda RM10,000 sehingga RM100,000 setiap mesin dan juga dihukum dalam pemenjaraan tidak melebihi lima tahun.

Saya ingin bertanya adakah pemenjaraan ini mandatori ataupun tidak? Kerana walaupun ia di tulis di sini dan – the fine and imprisonment tetapi kadang-kadang mahkamah memutuskan bahawa ini cuma satu discretion dan bukan mandatori.

Ini perlu dijelaskan bagi rujukan masa depan. Pandangan saya ialah hukuman bagi imprisonment seharusnya mandatori disebabkan sindiket perjudian terutamanya sindiket perjudian tanpa lesen, tidak bayar cukai, sindiket perjudian ini memang kaya dan mereka mampu bayar denda walaupun RM100,000 satu mesin. Maka denda tidak lagi merupakan deterrent ataupun halangan bagi perjudian haram. Hukuman yang berkesan ialah pemenjaraan, imprisonment. Saya minta Menteri menjelaskan sama ada hukuman pemenjaraan mengikut Seksyen 4B adalah mandatori ataupun tidak.

Seterusnya, bolehkah kementerian menjelaskan Fasal 3 yang meminda subseksyen 4(1) iaitu dimasukkan perkataan, "three years" termasuk denda RM3,000 hingga RM5,000 bagi setiap mesin. Begitu juga soalan saya adalah hukuman tiga tahun ini, mandatori ataupun tidak.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ke Fasal 9, dengan izin, teks undang-undang adalah dalam bahasa Inggeris dan saya membaca, "Assistant Superintendent is satisfied upon written information…", Maklumat secara bertulis. Saya ingin bertanya, rujukan bagi kemeterian dan pihak polis masa akan datang sama ada written information, maklumat bertulis ini termasuk surat layang, termasuk surat daripada NGO seperti consumer association, parent-teacher association dan persatuan-persatuan lain yang kita selalu terima, menuduh ada perjudian haram di daerah masing-masing. Sama ada written information ini termasuk surat daripada wakil rakyat, surat kepada IGP, surat kepada OCPD dan lain-lain. Dan kadang-kadang kita juga terima minit mesyuarat, minit mesyuarat badan-badan sukarela, persatuan sukarela bahawa ada dibincangkan di dalam persatuan itu meminta pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap perjudian tanpa lesen.

Kadang-kadang kita dapat minit itu tetapi tidak ada individu ingin membuat laporan secara rasmi kepada polis, tetapi kita ada minit itu. Bolehkah ini menjadi bahan yang cukup bagi pihak polis mengambil tindakan? Seterusnya, juga minit mesyuarat majlis daerah. Ini perkara yang penting kerana kadang-kadang kita dapat laporan bahawa di majlis daerah, banyak kali sudah dibincang dan dibahas ada perjudian haram tetapi majlis daerah tidak ada kuasa dalam perkara menutup ataupun mengambil tindakan terhadap perjudian haram maka bolehkah minit majlis daerah itu digunakan sebagai written information.

Seterusnya, surat khabar. Kadang-kadang perjudian di kedai itu dari kaki lima boleh nampak, semua orang di daerah boleh nampak, surat khabar pun keluar, ada gambar, ada orang tulis tetapi polis tidak nampak. Jadi, ini ada berlaku. Bolehkah laporan di surat khabar itu menjadi cukup sebagai bahan bagi pihak polis mengambil tindakan. Seterusnya kita juga kadang-kadang mendapat gambar pihak individu mengambil gambar dan pos kepada kita. Bolehkah itu sebagai bahan yang cukup. Pihak OCPD memerlukan garis panduan dalam perkara ini kerana saya sendiri dahulu pun ada berbisik kepada polis dan polis meminta laporan rasmi, why not you make a police report, katanya.

Maka, saya rasa kalau sudah jelas perjudian tanpa lesen dijalankan di kedai cara terbuka, ground floor, tingkat bawah, tidak perlu lagi ada laporan polis secara rasmi. Disebabkan di peringkat daerah misalnya pihak individu, dia segan, dia enggan melaporkan secara rasmi kepada polis, saya sendiri pernah buat laporan polis, dia kena duduk 2-3 jam dan selepas itu tiap-tiap minggu CID datang minta butir-butir, saya boleh , tetapi banyak orang tidak ingin buat. Bolehkah pihak polis jangan memaksa para individu membuat laporan polis secara rasmi. Kalau cukup maklumat, gambar kah, suratkhabar kah, surat kah, boleh ambil tindakan.

Dan, bukan saya bilang ada penyelewengan tetapi sekiranya di sesuatu daerah terdapat perjudian haram, cyber café terbuka. Internet gambling terbuka, semua orang tahu, pegawai daerah tahu, parti-parti politik tahu, ahli-ahli majlis daerah tahu, polis tidak tahu [Ketawa] Saya sendiri pun pernah tanya, adakah pihak polis di daerah itu akan disiasat. Jangan saja menunggu laporan, kalau semua orang tahu kenapa polis tidak nampak. Jadi, ini perkara yang boleh membawa kesan, imej yang negatif bagi polis, ini kadang-kadang bukan banyak tempatlah, satu, dua tempat, tetapi orang cakap-cakaplah.

Seterusnya, juga di Fasal 9, mengenai bekalan elektrik. Pegawai polis, dengan izin, may apply to Lembaga Elektrik supaya bekalan elektrik kepada premis perjudian itu dipotong. Adakah Lembaga Elektrik mesti ataupun dikehendaki memotong bekalan elektrik ke premis yang disyaki premis perjudian atas permohonan pegawai polis. Ini kerana Lembaga Elektrik ada perjanjian dengan kilen, dengan consumer untuk membekalan elektrik dan kalau tidak Lembaga Elektrik atau Tenaga Nasional perlu diberikan kuasa undang-undang untuk membatalkan perjanjian bekalan elektrik.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai forfeiture of seized gaming machines, mesin yang sudah disita. Bolehkah kerajaan memberikan jaminan bahawa mesin-mesin yang di forfeited, dengan izin, dan kemudian dimusnahkan itu, adakah kemusnahan mesin-mesin itu termasuk computer chip ataupun chipboard di dalam kotak komputer. Apa yang kami dengar dan kami bimbang, yang dimusnahkan di depan kamera televisyen, ada bawa pemberita, cuma itu kotak, sama itu televisyen skrin. Saya sendiri tidak nampak proses pemusnahan itu dijalankan tetapi bolehkah pihak polis, pihak berkuasa memberikan jaminan supaya apabila dirampas chipboard itu juga dalam inventory dan chipboard itu dimusnahkan cara berasingan. Jangan cakap itu chipoard ada dalam kotak, sudah dimusnahkan mana tahu, mana satu chipboard, mana satu cuma kotak. Pasal the chipboard yang mahal, kotak itu murah.

Jadi, kalau mesin itu dirampas dan chipboard itu tidak tahun pergi mana,boleh berjalan, boleh berlari kemudian chipboard itu dibawa balik ke kilang, buat lagi komputer itu. Saya minta pihak berkuasa memberikan perhatrian yang serius dalam perkara ini, saya tidak bercakap bahawa pihak kerajaan tidak mengambil tindakan, memang dengan adalah rang undang-undang ini cukup baik, menunjukkan, membuktikan keikhlasan kerajaan membanteras masalah perjudian tanpa lesen. Saya menyokong penuh rang undang-undang ini dan saya menyokong penuh segala tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.

 

TOP | BACK TO INDEX