SOALAN UNTUK JAWAB LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KE2, PARLIMEN KE10 PADA 16 OKTOBER HINGGA 11 DISEMBER 2000

1. Minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan tambahan yang lebih menyeluruh serta luar biasa telah dan akan diambil untuk menjamin keselamatan negara, terutama di kawasan persisiran Pantai Timur Sabah akibat ancaman anasir-anasir ganas dan pendatang tanpa izin. Jawapan

2. Minta Perdana Menteri menyatakan apakah pulau-pulau di Pantai Timur Sabah yang dikenalpasti sebagai pusat tahanan bagi pelarian dari negara Filipina. 

3. Minta Perdana Menteri menyatakan bilakah pendatang tanpa izin Filipina yang dianggarkan 100,000 yang sudah ada di Malaysia akan diusir. Jawapan

4. Minta Menteri dalam negeri menyatakan memandangkan kes jenayah di negeri Sabah semakin serius, di mana kebanyakannya dilakukan oleh PTI, adakah pihak kementerian bercadang untuk menaikkan taraf pondok polis di kawasan Telipok dan Pekan Inanam kepada sebuah balai polis. Jika ada, bilakah perkara tersebut akan dilaksanakan. Jawapan

5. Minta Menteri Pertahanan menyatakan berapakah tambahan anggota tentera Malaysia telah ditempatkan di Sabah, terutama di Pantai Timur bagi menjaga sempadan negara supaya tidak dicerobohi pendatang tanpa izin dan anasir-anasir ganas daripada negara Filipina. 

6. Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah pendatang tanpa izin dan pelarian negara Filipina yang sudah dilarang masuk Malaysia selepas penculikan Pulau Sipadan (23/4/2000) dan selepas penculikan Pulau Pandanan (10/9/2000). Jawapan

7. Minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah kerajaan akan mempertimbangkan cadangan republik Filipina supaya satu "Asean Centre on Transnational Crimes" ditubuh di negara Filipina bagi membanteras jenayah-jenayah antarabangsa termasuk penyeludupan dadah dan penculikan. Jawapan

8. Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa orang dalaman yang disyaki membantu penculikan di Pulau Sipadan dan Pulau Pandanan sudah ditahan. Apakah hasil siasatan. 

9. Minta Perdana Menteri menyatakan apakah perkembangan BPR dalam penyiasatan pembalakan haram di seluruh Malaysia termasuk di kawasan Kalabakan, Sabah. Jawapan

10. Minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil supaya murid-murid sekolah dididik supaya tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti perjudian. Jawapan

[TOP]

[BACK TO MAIN]


Pages maintained by MP Gaya Liaison Office