11 Disember 2000 Jawapan diberikan secara bertulis
Mengikut rekod Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP S/L), didapati tiada pelarian perang Negara Filipina yang memasuki perairan Malaysia. Kita juga tidak mendapati jumlah pendatang tanpa izin (PTI) yang dihalang dari memasuki perairan Malaysia selepas penculikan Pulai Sipadan (23/4/2000) dan Pulau Pandanan (10/9/2000). Walau bagaimanapun, jumlah tangkapan keseluruhan bagi PTI ialah seramai 1,205 orang iaitu 830 orang Filipina dan 375 orang Indonesia.