11 Disember 2000 Jawapan diberikan secara bertulis

Tuan Yang di-Pertua, Pondok Polis Pekan Inanam telah dinaikkan taraf menjadi Balai Polis Inanam pada tahun 1992 dengan berdasarkan perjawatan Model Struktur Organisasi Baru (MSOB) PDRM, manakala Pondok Polis Telipok telah dimansuhkan berdasarkan Model MSOB. Perjawatan bagi Balai Polis ini adalah seperti di bawah:-

  1. SUB INSP (1)
  2. SJN (1)
  3. KPL (2)
  4. KONST (15)
  5. KONST/T (2)

JUMLAH = 21

Walau bagaimanapun Balai Polis Polis Inanam belum dibina. Kementerian Dalam Negeri telah memperakukan kepada Unit Perancang Ekonomi supaya projek Balai Polis Inanam dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK 8).