13 Disember 2000 Written Reply by YB Datuk Douglas Uggah Embas, Deputy Minister in Prime Minister's Department.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kes pembalakan haram adalah di luar bidang kuasa Badan Pencegah Rasuah (BPR). BPR akan bertindak dari semasa ke semasa (case to case basis) sekiranya pembalakan haram tersebut melibatkan jenayah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Mengenai dengan pembalakan haram di kawasan Kalabakan, Sabah adalah dimaklumkan bahawa siasatan BPR dalam kes tersebut masih lagi diteruskan. Namun begitu Seksyen 21(4) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang telah dikuat kuasakan pada 8 Januari 1998 menyatakan:

"Sesuatu aduan yang dibuat di bawah subsyeksyen (1) hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang selain pegawai-pegawai Badan dan Pendakwa Raya sehinggalah orang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu."

Peruntukkan tersebut jelas melarang sebarang pendedahan mengenai hasil siasatan dibuat kepada mana-mana orang selain dari pegawai-pegawai Badan dan Pendakwa Raya sehinggalah kes tersebut didakwa di mahkamah.