27 November 2000

Datuk Dr. Leo Michael Toyad:  Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini dalam mesyuarat kedua menteri-menteri ASEAN yang bertanggungjawab dalam isu jenayah merentas sempadan pada tahun 1999 telah bersetuju pada prinsipnya dengan cadangan untuk menubuhkan pusat membanteras jenayah rentas sempadan atau dengan izin, ASEAN Centre for Combating Transnational Crime (ACTC). Pada masa yang sama juga menteri-menteri berkenaan mengarahkan supaya satu kumpulan kerja ditubuhkan untuk menyediakan laporan penuh mengenai cadangan tersebut dengan mengambil kira inisiatif ASEAN yang telah sedia ada termasuk Persatuan Ketua-ketua Polis Transnational ASEAN, Association of ASEAN Chief of National Police atau ASEAN Pol dan mesyuarat pegawai-pegawai kanan ASEAN mengenai Dadah atau ASEAN Senior Official Drug Matters.

Tuan Yang di-Pertua, kumpulan kerja ASEAN ini telah bermesyuarat dua kali tetapi tiada kesepakatan yang dicapai mengenai konsep pusat tersebut memandangkan terdapat kekhuatiran beberapa negara ASEAN tersebut Malaysia mengenai pertindihan antara pusat yang dicadangkan dengan badan-badan ASEAN yang sedia ada. Tambahan lagi isu kekangan kewangan dan sumber kemanusiaan mesti diambil kira dan menimbangkan penubuhan pusat tersebut dalam kita menimbangkan penubuhan pusat tersebut.

Sehubungan ini, pegawai-pegawai kanan ASEAN mengenai isu jenayah rentas sempadan, ASEAN Senior Official Meeting is on Transnational Crime (SOMTC) akan mengkaji semula cadangan penubuhan pusat tersebut dan memutuskan sama ada untuk menubuhkan atau tidak.