|
KARAYAHAN KAAMATAN KOPOGIROT PIULUDAN
|
Member of Parliament for P150 Gaya / State Assemblyman for N13 Likas |
|||||
|
|
||||||
|
Tiada pemberhentian... Inanam(3 Jun 2000): Anggota Parlimen Gaya, Datuk Yong Teck Lee meraikan Ketua-ketua Kampung Kadazan-dusun (KDM) sempena Pesta Kaamatan di salah sebuah restoran di sini baru-baru ini. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan, tiada ketua kampung yang akan diberhentikan atau ditukarkan dengan orang lain. Katanya, para pemimpin masyarakat di daerah Kota Kinabalu termasuk Ketua Anak Negeri (KAN) Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan ketua-ketua kampung, tidak ada yang akan digantikan. Beliau menasihatkan mereka supaya jangan mendengar khabar-khabar angin. Yong yang juga bekas Ketua Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional ditubuhkan di Sabah atas kemenangan majoriti Barisan Nasional pada pilihan raya lepas. Menurutnya, kemasukan beberapa pemimpin pembangkang dalam BN adalah langkah yang baik dan kita menerimanya agar mereka dapat membantu kerajaan BN menyelaraskan pembangunan kepada rakyat di kawasan yang mereka wakili. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas wakil rakyat kawasan Inanam, Datuk Steven Kutai, Datuk Paul Wong dan pegawai-pegawai Pejabat Pembangunan Luar Bandar kawasan Inanam dan Likas... |