PROFAIL YONG TECK LEE
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N.13 LIKAS


KOTA KINABALU - Datuk Yong Teck Lee, 43, calon BN bagi pilihanraya kecil Likas tidak lagi asing di kawasan tersebut.

Beliau telah berkhidmat kepada rakyat secara berterusan sebagai Wakil Rakyat sejak April 1985 selepas kali pertama beliau memenangi kerusi di kawasan tersebut.

Sejak itu, selama lebih 16 tahun, beliau telah mencatat rekod yang amat membanggakan dalam perkhidmatan awam di Likas khasnya di negeri Sabah dan negara amnya.

Yong, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), sebuah parti komponen BN, dikenali sebagai seorang yang amat tegas, lantang bersuara dan mengambil tindakan sewajarnya tehadap isu-isu yang melibatkan rakyat di kawasan Likas dan negeri Sabah. 

Beliau berbuat demikian walaupun isu-isu berkenaan disifatkan sebagai amat sensitif dan kontrovesi.

Sebagai contoh, gesaan beliau yang berulangkan kepada suruhanjaya pilihanraya menyediakan maklumat teperinci bagi menyemai keyakinan di kalangan rakyat bahawa tindakan-tindakan yang diambil terhadap pengundi hantu (phantom voters ) adalah sebagai tindakan jangka panjang dan sudah membawa hasil.

Berhubung dengan isu pendatang tanpa izin dan kehadiran pekerja-pekerja asing yang ramai di Sabah, beliau sanggup bersusah payah menyediakan kertas kedudukan yang komprehensif mengenai perkara ini yang membawa tajuk "Punca bagi segala Ancaman" (atau "Mother of all Threats") untuk perhatian kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam tahun 1999.

Kertas yang dibentangkan atas nama SAPP turut memuatkan rekomendasi bagi kawasan-kawasan yang luas di mana pihak kerajaan boleh mengambil tindakan, termasuk keperluan untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pengeluaran pas kerja, pengawalan yang lebih ketat terhadap penyewaan tanah dan harta-harta lain, membendung activiti penjaja haram, dan menghadkan tempoh masa bagi pekerja asing.

Selama beberapa tahun lalu, Yong juga telah membuktikan kemampuanya sebagai seorang pemimpin yang sentiasa mengamalkan semangat Bangsa Malaysia dengan mencurahkan khidmat bakti kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, budaya atau agama.

Di sepanjang tempoh dua tahun menjadi ketua menteri mulai May 1996, beliau memberikan perhatian yang utama terhadap usaha mempercepatkan pembangunan ekonomi, termasuk langkah-langkah mempromosikan pembangunan serantau melalui BIMP-EAGA, mengurangkan kadar rakyat termiskin, dan memupuk budaya politik baru yang berdasarkan kepada semangat saling mempercayai.

Beliau mengambil langkah-langkah memperbaiki jentera pentadbiran secara keseluruhya, termasuk memperkenalkan "Program Kerajaan Elektronik" atau "Electronic Government" di negeri ini dan memperbaharui usaha-usaha menyatukan (synergise) semua agensi penguatkuasa undang-undang bagi meningkatkan keselamatan dan undang-undang di negeri ini.

Majlis tindakan Negeri Sabah (SEAC) yang dibentuk pada Februari 1998 yang di pengerusikan oleh Yong, telah membawa kepada pewujudkan Rancangan Response Strategi bagi meminimumkan impek terhadap krisis ekonomi dan kewangan serantau ke atas Negeri Sabah.

Selama dua tahun memegang jawatan Pengerusi BN Sabah, beliau telah mengambil langkah-langkah positif untuk memantapkan lagi kedudukan gabungan di peringkat bahagian dan negeri, dengan penubuhan pejabat BN negeri di Putatan Square, dalam daerah Penampang. Dua Konvensyen BN Sabah telah diadakan semasa beliau menjadi Pengerusi BN Negeri. 

Datuk Yong menerima pendidikan sebagai peguam, dan mendapat ijazah LL-B (Hons) dari London School of Economics (LSE) di London University, dan Barrister-at-law dari Lincoln's Inn di Kota London.

Tidak lama selepas kembali ke Sabah dari United Kingdom, beliau berkecimpung dalam arena politik pada tahun 1985. Beliau bertanding dan memenangi kerusi Likas dalam pilihanya umum Dewan Undangan Negeri Sabah pada bulan April pada tahun itu.

Beliau telah mencapai kemenangan dalam semua pertandingan bagi merebut kerusi Likas pada tahun 1986, 1990, 1994 dan 1999, setiap kali dengan majoriti yang meningkat.

Datuk Yong menjadi Ahli Parlimen dalam bulan November 1999 selepas beliau bertanding dan memenangi kawasan Gaya sebagai contoh BN.

Selain menjadi ketua Menteri, Yong juga pernah menyandang beberapa jawatan kabinet dalam kerajaan negeri, termasuk dalam kementerian kerajaan tempatan dan perumahan, pembangunan perindustrian dan kewangan.

Kini beliau berkhidmat untuk negara sebagai Wakil Rakyat dengan menyuarakan isu-isu di peringkat negeri dan persekutuan.

Back

Issued from the MP Gaya Liaison Office