Search Feedback Links Guestbook


Laman Utaman
Perutusan Yg. DiPertua
Perutusan Pengerusi
Falsafah
Matlamat
Visi
Misi
Objektif
Wawasan
Carta Organisasi
Galeri
Album

paparan terbaik dengan

    
  

PERUTUSAN YANG DIPERTUA PERSATUAN BISAYA BERSATU SABAH


Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dalam usaha kita mengatur dan merangka strategi untuk memajukan martabat bangsa selaras dengan wawasan 2020 yang kita ingin capai kejayaannya, kita memang tidak akan dapat lari daripada berhadapan dengan berbagai bentuk rintangan dan cabaran.

Sebagai satu kelompok masyarakat di kalangan masyarakat majmuk di negara kita ini, kita sangat memerlukan satu perubahan untuk kemajuan masyarakat yang berasaskan teknologi yang canggih. Maka oleh itu untuk maju seiring dengan ledakan kemajuan ilmu maka masyarakat Bisaya mestilah terus celik kepada apa juga ilmu termasuklah celik ICT yang sering disebut-sebut pada masa ini.  Sesungguhnya kemajuan dalam ICT itu sendiri memerlukan kepada keinginan sesuatu masyarakat itu untuk bertindak mencapainya dan meninggalkan apa-apa juga amalam lama yang negatif dan tidak begitu meransang kepada kemajuan bangsa.  Oleh yang demikian suku kaum Bisaya perlulah bersiap sedia dan sentiasa berwaspada bagi menghadapi segala cabaran dan rintangan di samping menanam sifat terbuka untuk menerima serta mengaplikasikan apa juga bentuk kemajuan yang menyumbang kepada peningkatan dan martabat bangsa.

Sesungguhnya laman web PBBS cawangan Tanjung Aru ini adalah merupakan satu usaha murni serta proaktif dan penuh kesedaran akan bertapa perihatinnya semua jawatankuasanya untuk membawa PBBS meneroka kejayaan demi untuk masyarakat Bisaya di negeri Sabah ini.  Saya menaruh kepercayaan agar usaha PBBS cawangan Tanjung Aru ini akan menjadi 'Role model'  kepada cawangan PBBS di seluruh negeri ini di dalam mencari idea-idea baru untuk memantapkan lagi penubuhan PBBS dari semasa ke semasa demi untuk kemajuan masyarakat Bisaya yang juga akan menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya.  Semoga usaha yang murni ini akan terus menemui kejayaan pada masa-masa akan datang.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

 
Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Kolenel Dr. Hj Lajim Hj. Ukin

 


Bulletin Terkini


Selamat Menyambut Tahun Baru  2002 !


PERISTIWA


Pelancaran Laman Web !

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Cawangan Tg. Aru,
W.D.T. No. 39, 88858 Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Tel : 088 - 259 486