Search Feedback Links Guestbook


Laman Utaman
Perutusan Yg. DiPertua
Perutusan Pengerusi
Falsafah
Matlamat
Visi
Misi
Objektif
Wawasan
Carta Organisasi
Galeri
Album

paparan terbaik dengan

    
  

PERUTUSAN PENGERUSI


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

Selamat datang ke Laman Web Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Cawangan Tanjung Aru.

Sebenarnya tujuan utama kepada pengujudan laman web ini adalah sebagai satu usaha kami untuk membawa PBBS dan masyarakat Bisaya ke suatu era ICT yang terkini.  Ini bermaksud, laman web ini akan menjadi suatu penghubung antara individu mahupun ahli-ahli PBBS di mana jua berada untuk mengetahui perkara-perkara baru yang dimuatkan dalam web ini setiap kali mereka melayarinya.  Adalah menjadi harapan saya supaya usaha PBBS Tg. Aru ini adalah sebagai pemangkin kepada masyarakat Bisaya seluruhnya untuk maju bersama dan bijak mengatur strategi untuk jati diri bagi masyarakt Bisaya masa kini mahupun untuk generasi yang akan datang.

Atas kesedaran untuk berkhidmat dan membantu masyarakat Bisaya supaya maju dan setanding dengan suku kaum lain yang telahpun mencapai kemajuan maka kami sedaya upaya berusaha untuk mengekalkan segala idea-idea yang dinamik ke arah kemajuan masyarakat Bisaya di samping memelihara adat-adat kebudayaan Bisaya supaya tidak akan mengalami kepupusan bahkan menjadi aset paling berharga kepada negara ini selaras dengan dasar kebudayaan kebangsaan.

Hanya dengan kesedaran bersama daripada seluruh masyarakat Bisaya untuk maju bersama kami dengan usaha-usaha murni seperti yang kami lakukan ini dengan tiadalah lain tujuan yang kami inginkan melainkan kemajuan hidup, jati diri dan BISAYA YANG CELIK ICT. 

BERSATU TOKOU TOMIDONG

Ariffin Hj. Rukot BSK

 

 


Bulletin Terkini


Selamat Menyambut Tahun Baru  2002 !


PERISTIWA

Pelancaran Laman Web !

 

 

 

 

 

 

 



Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Cawangan Tg. Aru,
W.D.T. No. 39, 88858 Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Tel : 088 - 259 486