JENIS-JENIS DADAH

 

Morfin merupakan aklaloid utama dalam candu. Kandungannya antara 4 hingga 21 peratus. Rasanya pahit dan tidak berbau. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan utama morfin terhad sebagai ubat penahan sakit di klinik dan hospital. Di pasaran, ia tersedia dalam bentuk pil, kapsul ataupun cecair untuk suntikan.  Apabila terdedah kepada udara dan cahaya, warnanya menjadi gelap.  Morfin ini dihasilkan melalui pengestrakan tetapi kurang daripada heroin. Kini Morfin lebih dikenali sebagai bahan penagihan dadah.
CARA PENGGUNAAN :

Suntikan.

KESAN :

Menyerang sistem saraf manusia.
Sekiranya diambil dalam dos yang kecil, ia akan menyebabkan pengambil tidur.
Pengambilan dos yang tinggi akan  menyebabkan tidur yang lama dan menghalang sistem respirasi berfungsi secara aktif.

Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan kematian mengejut.

 

Ganja atau dikenali sebagai Kanabis adalah bahan  kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Bahan psikoaktifnya yang utama ialah delta 9 – tetrahidokabinol (THC). THC serta bahan kimia lain dalam ganja boleh larut minyak dan tinggal terus di dalam lemak sel darah.  Terdapat 61 bahan kanabinoid lain yang terdiri daripada bahan kanabinol dan kanabidiol yang bertindak menyokong kesan THC – kesan sinergi.

CARA PENGGUNAAN :

Hisap

 

KESAN :
Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan.
Akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.
Ice atau Syabu juga dikenali sebagai methamphetamine.  Ice juga diberi nama sebagai Glass, Crystal, Quartz, Ice Cream, Hirropon, Baby Ice.  Ice mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak.  Ianya lebih merbahaya sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat dan merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan juga boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan.

CARA PENGGUNAAN :

Hidu (Chasing the dragon)
Suntikan

Hisap

 

KESAN :
Boleh berjaga selama 3 – 4 hari.
Hilang berat badan atau sawan yang teruk.
Memberi kesan yang amat bahaya kepada sistem saraf otak.
Boleh menyebabkan mandul.
Dos yang berlebihan boleh menyebakan kerosakan yang teruk pada hati, buah pinggang, pembuluh darah dan kematian.
Ketamin juga dikenali sebagai ‘K’, Special K, Vitamin K dan Kit Kat. Ketamine ialah sejenis ubat bius untuk haiwan pada masa ini.  Ia terdapat dalam bentuk serbuk kristal, cecair atau pil.  Pada masa ini, ketamine lazimnya digunakan di temasya tari menari atau raves.

CARA PENGGUNAAN :

Telan
Suntikan

Hidu

 

KESAN :
Kesedaran yang rendah seperti berkhayal
Susah bernafas
Hilang kawalan diri
Boleh menjadi ganas
Hilang ingatan

 

Amfetamin pada mulanya diperkenalkan untuk melegakan hidung tersumbat dan resdung kerana amfetamin dapat mengecutkan saluran darah di hidung. Kini amfetamine dan terbitannya masih digunakan kepada pesakit narkolepsi (penyakit tidur sepanjang masa), kanak-kanak yang hiperaktif serta untuk mengurangkan berat badan.  Ia mula dihasilkan dalam tahun 1920 bagi kegunaan perubatan. Ia terkenal dengan kebolehnnya sebagai penahan rasa mengantuk dan keletihan serta boleh memberi keyakinan diri.

CARA PENGGUNAAN :

Makan

Suntikan

 

KESAN :
Degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah meningkat.
Dos berlebihan boleh menyebabkan ketar, hilang kordinasi dan maut disebabkan oleh stroke atau jantung berhenti.
Penggunaan berlebian boleh menyebabkan kerosakan otak, ulser dan kekurangan zat pemakanan.

Mengakibatkan kematian mengejut.

 

Asid barbiturat mula dikeluarkan dalam tahun 1963 oleh Van Baeyer di Jerman. Barbiturat merupakan sedatif-hiptonik yang paling banyak dikeluarkan.  Terdapat sebanyak 2500 jenis sedatif hiptonik barbirurat.   Daripada jumlah itu, 50 jenis diluluskan untuk perubatan.  Pada masa ini hanya 12 jenis yang digunakan secara meluas. Ia adalah sejenis dadah yang dikategorikan dalam jenis Penekanan (Depressant).

 

CARA PENGGUNAAN :

Telan (makan).

Suntikan.

 

KESAN :
Menyebabkan percakapan bercelaru.
Hilang imbangan, daya fikiran, tindakbalas lambat dan tidak menentu.

Dos berlebihan boleh membawa kepada pitam dan maut.

 

Ecstasy atau MDMA juga dikenali sebagai pil khayal, pil goyang kepala, YAMA, YABA dan lain-lain lagi.  Ecstasy seringkali dicuba oleh remaja sebagai dadah untuk berhibur di pusat hiburan sepanjang malam.  Golongan remaja ini menganggap bahawa penggunaan Ecstacy ini tidak merbahaya.  Ianya dijual dalam bentuk pil yang pelbagai warna tetapi dicap dengan simbol Lolo, Roket, Playboy, Butterfly, WY, Wau, Loveshape, Apple, Arrow, Music Key dan A.

CARA PENGGUNAAN :

Telan

 

KESAN :

Loya, bimbang, kancing gigi, mulut kering, berdebar-debar, rasa sejuk dan panas silih berganti.
Mengganggu perasaan dan urat saraf dan boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tidak rasional.

Degupan jantung/suhu badan/tekanan darah bertambah dan menyebabkan seseorang tidak berkeupayaan mengenal isyarat tubuh.

 

Kokain sejenis dadah yang memberi kesan euforia yang sangat tinggi kepada pengambilnya.  Jenis kokain baru yang dihasilkan ialah jenis injection hidroklorik  kokain dan perokok coca yang dicampur. Pada masa yang lalu, kokain dikatakan tidak menyebabkan kesan buruk kepada pengambilnya tetapi ia hanya boleh diambil dalam dos yang kecil. Kesannya amat memudaratkan, iaitu rasa gembira yang amat melampau, disamping hilang keupayaan untuk berfikir dan hidup seperti di awang-awangan.  Terdapat juga kokain yang dijual secara tiruan dimana ia merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampur dengan bahan lain seperti laktosa.

 

CARA PENGGUNAAN :

Suntikan

Hidu

 

KESAN :

Menyerang sistem saraf manusia.
Sekiranya diambil dalam dos yang kecil, ia akan menyebabkan pengambilnya tidur.
Penambilan dalam dos yang tinggi akan menyebabkan tidur yang lama dan menghalang sistem respirasi berfungsi secara aktif.

Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan kematian mengejut.

 

Heroin ialah bahan separa-tiruan hasil daripada pengolahan morfin dan candu.  Warna asalnya adalah putih, kadangkala perang setelah dicampurkan dengan bahan lain.  Heroin sebenarnya tidak mempunyai sebarang kegunaan perubatan walaupun pada tahun 1930an ia pernah diiklan sebagai ubat. Heroin adalah produk daripada opium. Heroin adalah dadah semi-sentetik dan campuran dari morfin dan sangat merbahaya.  Ia juga dicampurkan ke dalam rokok untuk menambahkan khayalan pada penghisapnya.

 

CARA PENGGUNAAN :

Hidu
Suntikan

Hisap

 

KESAN :

Kegembiraan yang melampau
Menghilangkan rasa tekanan dan menambah kekuatan kepada penggunnya.
Kekejangan, koma dan maut
Penggunaan berulang menyebabkan jangkitan selaput jantung dan valve, kulit melecet dan paru-paru tersumbat

LSD ialah singkatan bagi nama Jerman iaitu Lyser Saure Diethylamid dan juga dikenali sebagai Lysergide dan LSD-25. Ia merupakan serbuk hablur yang  tidak berwarna atau berbau dan larut dalam air dan alkohol.  LSD selalunya dijumpai dalam bentuk cecair, serbuk atau dititik ke atas gula dadu, gelatin atau kertas blotter dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mengeluarkan kesan halusinasi.

 

CARA PENGGUNAAN :

Hisap

 

KESAN :

Tidak boleh tidur.
Kurang daya tahan.
Hilang kawalan diri.

Percakapan yang tidak teratur atau tidak jelas.

 

Kembali