Perutusan Pengerusi
Mengenai Kami
Visi, Misi & Objektif
Peranan
Struktur Organisasi
Logo
Keahlian
Aktiviti
Kalendar 2006
Laporan Aktiviti Tahunan
Galeri Gambar
Pelan Bertindak
Strategi
Kumpulan Sasaran
Program
Pelaksanaan
Implikasi
Soalan Lazim
Info Dadah
  Borang Ahli
   

 

Soalan Lazim

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH?­
Anda boleh menjadi ahli PEMADAM dan melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatannya. Tugas-tugas PEMADAM adalah untuk:­

  1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui program pencegahan, pendidikan dan penerangan.
  2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat-pendapat pakar­pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan Seminar, Majlis Dialog, Forum dan Kursus-kursus; dan
  3. Bekerjasama dengan Jabatan-jabatan Kerajaan yang berkaitan dan Pertubuhan-pertubuhan sukarela lain dalam usaha mencegah dan menghapus penggunaan dadah.

APAKAH KESALAHAN-KESALAHAN BERKAITAN DENGAN DADAH?
Menjual, mengedar, menanam, mengimport, mengeksport, memiliki (prosess), mengangkut, memproses dan menyimpan dadah adalah salah di sisi undang-undang.

APAKAH YANGBOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENOLONG SESEORANG PENAGIH MENDAPATKAN RAWATAN?

Jika seseorang dari ahli keluarga, saudara-mara atau sahabat anda menggunakan dadah, galakkan mereka supaya mendapat rawatan clan pemulihan secara sukarela melalui Agensi Dadah Kebangsaan Negeri Sabah atau Hospital tempatan

BANTUAN AWAL BOLEH DIDAPATI DI:

Jabatan/Unit

No. Telefon

Jabatan Narkotik

088-212222

Agensi Dadah Kebangsaan Negeri Sabah

088-224977

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am

088-255133

Hospital Bukit Padang

088-240984

Unit Kaunseling Penjara

088-218400

DI MANAKAH TERDAPAT PUSAT-PUSAT PEMULIHAN DI MALAYSIA?
Kerajaan mempunyai 28 Pusat Pemulihan Dadah di bawah jagaan Kementerian Dalam Negeri

APAKAH PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA MENYEDARI TENTANG KEJADIAN PENGEDARAN DADAH?
Laporkan segera secara lisan atau bertulis kepada Pegawai Polis, Kastam, Agensi Dadah Kebangsaan atau PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) yang berdekatan. Maklumat-maklumat hendaklah mengandungi butir-butir yang berkesan seperti nama pengedar, rupanya, bagaimana, di mana dan bilakah ia mengedar, alamatnya, di mana ia menyimpan adah, jenis atau nombor kenderaan yang digunakan, dan lain-lain.