Perutusan Pengerusi
Mengenai Kami
Visi, Misi & Objektif
Peranan
Struktur Organisasi
Logo
Keahlian
Aktiviti
Kalendar 2006
Laporan Aktiviti Tahunan
Galeri Gambar
Pelan Bertindak
Strategi
Kumpulan Sasaran
Program
Pelaksanaan
Implikasi
Soalan Lazim
Info Dadah
  Borang Ahli
   

 

Strategi Rancangan Bertindak PEMADAM Negeri Sabah

Pelan Bertindak 5 tahun PEMADAM Sabah menumpukan kepada tiga strategi utama iaitu ;

  • Strategi Pendidikan Pencegahan
  • Strategi Penerangan Umum
  • Strategi Khidmat Nasihat

1) Strategi Pendidikan Pencegahan

  1. Strategi Pendidikan Pencegahan sama ada peringkat awalan atau umum bertujuan untuk mewujudkan kesedaran golongan sasaran tentang bahaya dadah dan mencegah mereka daripada terlibat dengan dadah.
  2. Program dan aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah strategi ini ialah seperti berikut;

    • Ceramah / seminar anti dadah
    • Kem Motivasi
    • seminar Motivasi dan Keagamaan
    • Forum/Dialog isu dadah
    • Kuiz anti dadah
    • Pameran anti dadah
    • Kursus Kemahiran Panel Penceramah/Kaunseling
    • Pertandingan Melukis/Menulis/Syarahan/Pidato Anti Dadah
    • Program berunsur sukan dan rekreasi (Larian PEMADAM / Hari Keluarga)
    • Program "Outreach"

2) Strategi Penerangan Umum

  1. Strategi Penerangan Umum bertujuan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat keseluruhannya tentang dadah dan bahayanya serta mencegah masyarakat daripada terlibat dengan dadah.
  2. Program dan aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah strategi ini ialah seperti berikut;
  • Mencetak dan mengedarkan risalah-risalah dan poster tentang dadah dan bahaya dadah.
  • Mendirikan billboard (papan iklan) anti dadah.
  • Menerbit dan mengedarkan buletin PEMADAM.
  • Menyebarkan maklumat tentang dadah dan bahaya dadah melalui laman web.
  • Menyiarkan maklumat atau artikel tentang isu dadah di akhbar-akhbar tempatan.
  • Mengadakan Pameran Anti Dadah kepada masyarakat umum.

3) Strategi Khidmat Nasihat

  1. Strategi ini ditumpukan kepada kumpulan bekas-bekas penagih yang telah dibebaskan dari pusat pemulihan dadah.
  2. Strategi ini bertujuan untuk memberi sokongan moral dan khidmat nasihat terutama tentang peluang kerjaya kepada bekas-bekas penagih yang baru keluar dari pusat pemulihan dadah bagi mengurangkan risiko mereka terlibat dengan penagihan semula dadah.
  3. Program dan aktiviti di bawah strategi ini ialah;

    • Khidmat nasihat kerjaya
    • Ceramah motivasi dan agama
    • Ceramah kerjaya
    • Program 'outreach'
    • Kursus Panel Penceramah

Program dan aktiviti dalam strategi-strategi ini perlu dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa mengikut keperluan, oleh PEMADAM Negeri dan Daerah.