LATAR BELAKANG
 

Sejarah penubuhan persatuan ini bermula dalam satu program yang dihadiri oleh Pengarah Unit Hal Ehwal Sabah, Hajah Siti Sapoo Hj .Ahok  dan Puan Zainaba Hj Shukoor sebagai pencadangnya. Perbincangan  mereka melibatkan rancangan untuk menubuhkan sebuah Persatuan Ibu Tunggal di Sabah.

Mesyuarat pertama  penubuhan Persatuan ini telah diadakan pada 22 Julai 1999.  Dalam tahun yang sama, mesyuarat kedua telah diadakan untuk membentuk AJK Penaja Persatuan dan telah dipengerusikan oleh Puan Zainaba Hj. Shukoor.

Pemohonan pendaftaran Persatuan ini telah diajukan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada 9 September 1999. Maka pada 5 Januari 2000, Persatuan Ibu Tunggal Pantai Barat Selatan ( PITPBS ) telah berjaya didaftarkan  dengan memegang Nombor Pendaftaran 21 di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996.  Pada 20 Januari 2000,  PITPBS telah mengadakan pelancaran buat julung kalinya  dan  telah disempurnakan oleh isteri TYT, Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah pada 1 Julai 2000.

PITPBS bermula dengan penyertaan seramai 80 orang  ahli  dan jumlah tersebut semakin meningkat sehinggakan pada tahun 2005 keahliannya telah mencapai 3000 orang  daripada 22 daerah di sekitar negeri Sabah. PITPBS juga merupakan  ahli dalam Majlis Sokongan Persatuan Ibu Tunggal Malaysia yang telah disahkan pada tahun 2001 di peringkat persekutuan.

Objektif utama penubuhan PITPBS adalah memberi kefahaman dan meningkatkan kesedaran di kalangan Ibu Tunggal di Negeri Sabah  mengenai hak-hak wanita dari perspektif Undang-Undang Syariah dan Sivil, memberi pengetahuan asas mengenai isu gender, kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan wanita dan keluarga.
 
 

 


| Pengenalan | Latar Belakang |  | Visi | Misi | Tujuan | Objektif | Matlamat | Jawatankuasa |
| Carta Organisasi | Perasmian | Logo | Graf  | Kejayaan | Aktiviti Tahunan | Pautan Penting | Hubungi Kami |