Hari ::   Masa ::   

 Buku Pelawat
Diharapkan agar anda mengisi buku pelawat ini untuk memberikan sebarang pandangan dan cadangan mengenai laman web ini. Sila Klik Sini

 

 


Pengenalan

Latar Belakang Persatuan


Sebelum tahun 1998, pesara-pesara kerajaan negeri Sabah terus menghilangkan diri selepas persaraan mereka. Walaupun persatuan pesara kerajaan Malaysia telah wujud 10 tahun sebelumnya, namun tidak ada usaha untuk mengembangkan persatuan tersebut ke negeri Sabah. Setelah bilangan pesara kerajaan Sabah mencecah 15000 orang, maka persatuan pesara perlu ditubuhkan untuk mewakili semua pesara-pesara kerajaan negeri sabah.

Idea untuk membentuk sebuah persatuan ini bermula apabila dua orang pesara kerajaan negeri iaitu Ho Wing Yau dan Lee Ming Tet mengemukakan idea mereka. Idea ini kemudiannya telah diteruskan oleh Stephen Chin dan Terence Liau untuk memasukkan semua pesara di Sabah. Mereka adalah pengasas kepada PPKS. Cadangan untuk membentuk satu persatuan pesara di seluruh negeri telah disokong oleh Philip Liew, David Voo, Philip Ng, Dennis Lim dan lain-lain.

Mesyuarat pertama pesara-pesara telah diadakan di Kedai Kopi Lee Sheng, Jalan Lintas, Kota Kinabalu pada 22 Mac 1998 untuk membincangkan pembentukan satu persatuan pesara-pesara di Sabah. Satu komiti sementara telah dibentuk dimana Terence Liau (Presiden), Philip Liew (Naib presiden), Stephen Chin (Setiausaha), Philip Ng (Bendahari), Dennis Lim (Penolong Setiausaha), Liew Kim Fatt (Penolong Bendahari) dan lima ahli komiti lain; David Voo, Chin Kim Phin, Alan Koh, Peter Koh dan Daniel Chin.

Komiti sementara telah diamanahkan untuk membentuk sebuah perlembagaan untuk diserahkan kepada pendaftar persatuan untuk diperkenankan. Persatuan ini kemudiannya telah diluluskan pada 24 Disember 1998 di bawah nombor pendaftaran 1634.

Sejak 17 Mac 1999, jawatankuasa sementara ini telah memulakan aktiviti keanggotaan dan persatuan telah dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac 1999 di Hotel Hayatt, Kota Kinabalu.



 




 Kalendar
» Pengumuman Semasa
Tiada Pengumuman Penting Buat Masa Sekarang
 


Copyright © 2007 Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah

 

PENAFIAN

Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

Best view at 1024x768 with Internet Explorer