Hari ::   Masa ::   

 Buku Pelawat
Diharapkan agar anda mengisi buku pelawat ini untuk memberikan sebarang pandangan dan cadangan mengenai laman web ini. Sila Klik Sini

 

 


Keahlian

 

Keahlian Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah ini adalah terbuka kepada;

  • Semua bekas kakitangan awam Negeri Sabah dan Pesekutuan Malaysia serta Badan-badan Berkanun yang menerima pencen di bawah Akta Pencen Malaysia 1980. Mereka hendaklah bermastautin di Negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Suami atau isteri seorang pesara atau seorang bekas kakitangan kerajaan kontrak atau tidak berpencen, sebagai ahli persekutu. Seorang ahli persekutu berhak untuk menikmati segala hak-hak dan keistimewaan seseorang ahli biasa tetapi tidak layak menjadi ahli Jawatan kuasa dan tidak berhak mengundi.
  • Seorang ahli biasa akan menjadi ahli seumur hidup setelah membayar yuran sebanyak RM50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia) dan ahli seumur hidup akan dikecualikan daripada membayar yuran tahunan seterusnya.
  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
 

Copyright © 2007 Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah

 

PENAFIAN

Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Sabah adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

 

Best view at 1024x768 with Internet Explorer