Untuk melawat laman yang lepas, sila click tarikh di bawah/ To view previous sites please click on dates below
LENCANA KENANG-KENANGAN MAJLIS PENGAKAP DAERAH INANAM SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN BERPENGAKAP DAN 50 TAHUN KENEGARAAN
Sempena dengan sambutan 100 tahun berpengakap di dunia dan 50 tahun Kenegaraan (100 Years of Scouting and 50 years of Nationhood) pada tahun 2007 ini, Majlis Pengakap Daerah Inanam akan mengeluarkan lencana edisi terhad sebagai kenang-kenangan. Hanya sebanyak 100 keping sahaja Lencana tersebut akan dikeluarkan dan setiap lencana ada diberi nombor unik 1 hingga 100. Setiap pembelian lencana akan dijual sebanyak RM20 dan akan disertakan bersama sijil keaslian. RM5 akan ditambah untuk pembayaran pos bagi pembeli yang memerlukan lencana tersebut diposkan.
Selain sebagai lencana kenang-kenangan, pengeluaran lencana ini juga adalah sebagai daripada sebahagian projek menambah tabung (Fund Raising project) bagi pergerakan Pengakap daerah Inanam. Sila email kepada kami di ppm_inanam@yahoo.com untuk maklumat yang selanjutnya atau berhubung terus ke Pesuruhjaya Daerah, encik Ahmed Tariq Aripen di 019-8205898.
Sokongan dari tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan demi kemajuan pergerakan Pengakap di Sabah, Malaysia dan dunia amnya dan di daerah Inanam khususnya.
Terima kasih dan selamat menyambut 100 tahun berpengakap dan 50 tahun negara kita yang tercinta Malaysia!
REGISTRATION EXERCISE
YURAN KEAHLIAN
Sebagai anggota Pergerakan Pengakap –
SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN YURAN KEAHLIAN?
YURAN KEAHLIAN hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 31 Mac pada setiap tahun.
TANPA MEMBAYAR YURAN sebagai AHLI, seseorang itu sama ada AHLI BIASA (lay members) atau BERPAKAIAN SERAGAM (Uniform members) dengan sendirinya GUGUR sebagai ahli dan TIDAK SAH menjalankan dan menyertai sebarang aktiviti Pergerakan Pengakap.
Daftarlah dengan segera.
Untuk dapatkan borang-borang yang tertentu, sila klik di bawah:
Dan hantar kepada:
Persekutuan Pengakap Malaysia
Cawangan Sabah, Daerah Inanam
413 Jalan Saga, Off Mile 4.5 Jalan Tuaran
Likas 89450 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Email :
|