Ibu Pejabat
 
ENCIK AWANG ZAINIE HAJI SUNTIM
KETUA PESURUHJAYA NEGERI SABAH
(KETUA EKSEKUTIF)
|
ENCIK SAELIH @ SUHAILI BONGKOL
SETIAUSAHA KERJA
|
PESURUHJAYA – PESURUHJAYA     IBU PEJABAT
|
PERALATAN DAN SETOR
KERANI I
KERANI II
KERANI III
KEDAI PENGAKAP

PENTADBIRAN DI IBU PEJABAT

Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah ditadbirkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah  selaku Ketua Eksekutif dan dibantu oleh setiausaha kerja serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan tiga orang kerani yang mengendali keseluruhan tugas dan tanggungjawab di Ibu Pejabat. Antara tugas dan fungsi Ibu Pejabat ialah :-

a) Mentadbir Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negeri termasuk kewangan, harta modal dan peralatannya

b) Pusat penerimaan permohonan pendaftaran kumpulan daripada seluruh daerah di negeri Sabah dan mengurus serta menyalurkan permohonan tersebut kepada Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk kelulusan.

c) Mangurus pengeluaran waran/tauliah Pemimpin dan semua Pesuruhjaya di Negeri Sabah.

d) Menyelaras  latihan-latihan di peringkat Negeri, Bahagian, Kawasan, dan daerah di seluruh diseluruh negeri.

e) Menjadi pusat pengurusan kepada semua Majlis-majlis pengakap Daerah di seluruh negeri.

f) Menjalankan semua dasar dan arahan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur.

g) Berkerjasama dengan Majlis Tempatan untuk mempastikan penyelarasan yang rapi dan licin kepada Kawasan dan daerah

h) Mengekalkan hubungan baik diantara Ibu Pejabat dan meningkatkan kerjasama dengan lain-lain pertubuhan belia, Jabatan-jabatan kerajaan, Kementerian – Kementerian dalam negeri.

i) Bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan bagi menambahkan kumpulan-kumpulan Pengakap di setiap Sekolah bagi membantu penyelarasan aktiviti ko-korikulum.Melaksanakan semua dasar dan keputusan yang diambil oleh Majlis Pengekap Negeri.

j) Menjalankan semua dasar dan keputusan yang dibuat dan diarah oleh Ketua Pengakap Negeri.

Semua Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Ibu Pejabat membantu dalam tugas perlaksanaan –tugas – tugas yang tertentu mengikut   perlaksanaan yang tertentu mengikut carta