|
|
|
|
b) Bekerjasama dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, mengujudkan Majlis Tempatan dengan menetapkan persempadanan dan mempercepat menggalak dan meningkatkan prinsip serta tujuan Persekutuan Pengakap di Negeri Sabah.
c) Mencari dan mentadbir segala wang, samada derma, yuran, atau dana yang diterima daripada sebarang punca bagi tujuan penyelanggaraan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap serta pembangunan kepengakapan di negeri ini.
d) Melantik satu jawatankuasa eksekutif dalam satu bentuk jawatankuasa kecil, dimana ahlinya tidak semestinya Ahli Majlis tetapi mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas khas, dengan mengambil kira ahli dalam jawatankuasa kecil tersebut kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli Pengakap.
e) Mencari dan mentadbir kewangan untuk kegunaan pengurusan, latihan dan lain-lain tujuan bagi perkembangan dan kemajuan pergerakan pengakap di negeri ini.
f) Untuk mengujud serta mengekalkan fungsi Ibu Pejabat serta bertindak sebagai saluran maklumat dan perhubungan diantara Ibu Pejabat Kebangsaan dengan Majlis Tempatan melalui Ketua Pesuruhjaya Negeri.
g) Menerbit, men-yiar dan menjual buku-buku dan risalah-risalah dalam sebarang bahasa yang sesuai bagi kegunaan ahli dengan syarat kandungan penerbitan telah mendapat kelulusan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah
h) Mengatur dan menjalankan sebaran am dalam apa jua bentuk dan cara bagi menggalakan sokongan Awam kepada kegiatan persekutuan dan pergerakan pengakap umumnya.
i) Mengurus mesyuarat, pertunjukan, perhimpunan, persidangan dan gerakkerja negeri, bersama bagi faedah persekutuan dan ahli-ahlinya
j) Mengelola dan menggalakkan perkembangan persaudaraan pengakap di
negeri Sabah khasnya dan persekutuan pengakap malaysia amnya.
k) Memberi kuasa pendaftaran oleh ibu pejabat kepada Majlis Tempatan
dan mempunyai kuasa memansuhkan pendaftaran tersebut atas persetujuan Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
l) Memberi Kuasa pendaftaran oleh Ibu pejabat kepada kumpulan-kumpulan pengakap dan mempunyai kuasa memansuhkan pendaftaran kumpulan atas persetujuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
m) Memberi kuasa pengeluaran tauliah oleh Ibu pejabat persekutuan kepada semua Pemimpin-pemimpin .
n) Menyediakan ibu pejabat dengan pekerja-pekerja yang cukup bagi menjalankan pentadbiran dan tugas-tugas yang dikuasakan atas perswetujuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah
o) Majlis ini hendaklah menjalankan mesyuarat agongnya sekali dalam tiap-tiap dua tahun dan menerima dan mempersetujui lapuran aktiviti dan lapuran kira-kira yang telah diperiksa.