|
|
Tugas-tugas dan tanggungjawab
1. Bertanggungjawab terhadap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah
2. Bertanggungjawab ke atas kebajikan, kemajuan serta latihan pergerakan
pengakap di dalam
kawasa yang berada di bawah pengawasannya.
3. Memastikan polisi, pertubuhan serta undang-undang Persekutuan Pengakap
Malaysia
dipertahankan, dan sentiasa berhubung dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negeri melalui
mesyuarat-mesyuarat bagi membincangkan polisi atau polisi-polisi yang
akan dilaksanakan
4. Memastikan penubuhan Majlis bagi kawasan di bawah pengawasannya adalah
juga menjadi
tanggungjawab Pesuruhjaya Kawasan untuk memastikan bahawa Majlis yang
telah dibentuk ini
sentiasa mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah-masalah yang
mungkin timbul di
kawasannya dan sekaligus menyelesaikannya.
5. Menerima laporan daripada Pesuruhjaya-peseuruhjaya Kawasan berkaitan
dengan
perkembangan pergerakan pengakap di kawasan mereka masing-masing. Pesuruhjaya
Bahagian
juga bertanggungjawab menyampaikan polisi kepada pesuruhjaya-pesuruhjaya
kawasan serta
menerima cadangan-cadangan yang diajukan untuk dibincangkan dengan
Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri.
6. Mencadangkan calon-calon yang layak dilantik sebagai Pesuruhjaya
Kawasan serta menemuduga
calon-calon tersebut bagi memastikan mereka memenuhi syarat-syarat
dalam polisi Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri sebelum diajukan kepada Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri untuk
perlantikan.
7. Bekerjasama serta mewujudkan suasana kerja yang efektif dengan Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Kawasan serta menghadiri setiap mesyuarat Majlis/Jawatankuasa kawasan
yang berada di bawah
pengawasannya bagi memastikan yang Jawatankuasa tersebut menjalankan
tugas dengan berkesan.
8. Membantu Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kawasan merangka program-program,
aktiviti-aktiviti serta
kursus-kursus latihan dan perancangan pembangunan secara menyeluruh.
9. Menjadi wakil langsung kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri di
kawasan-kawasan yang
berada di bawah pengawasannya.
10. Menjadi Pegawai Rasmi terhadap setiap Majlis/Jawatankuasa kawasan
yang berada di bawah
pengawasannya.
11. Memastikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri sentiasa dimaklumkan
mengenai
program-program serta perkembangan setiap keputusan yang dibuat di
kawasan-kawasna bawah
pengawasannya
12. Tugas Pesuruhjaya Bahagian adalah berkait rapat dengan penyeliaan
serta khidmat-nasihat, oleh
itu Pesuruhjaya Bahagian seharusnya memberikan galakan serta sokongan
kepada
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kawasan dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah
di kawasan yang berada
dibawah pengawasannya.