|
|
Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima
Haji Sakaran Bin Dandai telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Negeri
Sabah semasa beliau menjawat, jawatan Ketua Menteri Sabah pada ______________.
Semenjak beliau dilantik sebagai Ketua Pengakap Negeri Sabah, kegiatan
dan aktiviti Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah telah menunjukkan
perkembangan dan peningkatan. Ini adalah kerana adanya komitment dan daya
usaha beliau ingin memajukan pergerakan Pengakap dinegeri ini. Antara aktiviti
yang diilhamkan oleh Tuan Yang Terutama ialah Jambori Sabah Pertama
yang telah diadakan di Daerah Semporna pada bulan Disember 1995.
Sejurus selepas perlantikan beliau sebagai Tuan Yang DiPertua Negeri Sabah
pada ______________ Beliau telah dilantik secara rasminya sebagai Penaung
Persekutuan Pengakap Negeri Sabah, di bawah Dasar Pertubuhan dan Peraturan
(POR) Bahagian III iaitu Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia. Para
11 (2).