Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah
 
 
 

KEM WORDEN
Penyandang Jawatan : En. Yusof Hj. Suntim

Sebuah pusat latihan Pengakap yang terletak di Bukit Padang dalam Kawasan Kota Kinabalu. Pusat latihan ini boleh digunakan untuk kegiatan kepengakapan dan terbuka kepada semua kumpulan untuk menggunakan pusat latihan ini untuk kegiatan kumpulan masing-masing. Untuk tujuan tersebut mana-mana kumpulan yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan kepada Kem Warden untuk kelulusan. Pusat ini juga terbuka kepada kepada persatuan belia yang lain dengan dikenakan bayaran.

Tugas dan tanggungjawab Kem Warden

a) Mempastikan Pembangunan Pusat ini mengikut peraturan dan undang-undang Pengakap disetiap masa.

b) Berkuasa penuh ke atas pentadbiran Kem ini dan bertanggungjawab ke atas semua pekerja yang tinggal di pusat ini.

c) Memelihara keadaan semulajadi kawasan kem dan mempastikan kawasan sentiasa bersih di setiap masa.

d) Mengesorkan kepada setiap daerah agar sentiasa menggunakan kem ini dan juga membuat kerja-kerja amal bagi mencantikkan kawasan kem

e) Mempromosikan Pusat ini kepada Pertubuhan-Pertubuhan lain bagi mendapatkan sumber kewangan untuk melengkapkan lagi prasarana yang perlu ada

f) Mentadbir pusat ini secara profisional dan pastikan setiap tindakan mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Pesuruhjaya Latihan Negeri

g) Bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa penyelia kem bagi membantu menyelaras kerja-kerja pentadbiran Pusat Latihan yang ada sekarang.

TAULIAH

Penyandang Jawatan : En. Mujeb Jirun
Ibu Pejabat yang diamanahkan untuk mengurus permohonan Tauliah bagi semua Pesurhjaya, Pemimpin dan Penolong Pemimpin. Untuk melicinkan tugas-tugas ini seorang Pesuruhjaya Ibu Pejabat telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan tugas ini.
 
Tugas dan tanggungjawab Pesuruhjaya (Tauliah)

a) Membantu memproses, menyelaras, mengeluar dan mengambil tindakan yang perlu berkaitan semua jenis tauliah atas arahan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.

b) Menyedia dan menyimpan rekod pengeluaran semua jenis tauliah di Ibu Pejabat agar sentiasa berkadaan baik, kemas, teratur dan sempurna.

c) Bertanggungjawab membuat permohonan/pembaharuan tauliah-tauliah tetap ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur.

KEDAI PENGAKAP
Penyandang Jawatan : En. Ah Wah Kong Nam
 
 

KOMPUTER DAN REKOD
Penyandang Jawatan : En. Tipun Masalon
Selaras dengan kemajuan sain dan teknologi masa kini, Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah telah dilengkapi dengan beberapa buah komputer. Dengan adanya komputer ini Ibu Pejabat dapat melaksanakan tugas dengan cepat dan sempurna.
 
Tugas dan Tanggungjawab Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Komputer dan Rekod)

a) Menjaga, menyelaras, dan mengawal penggunaan semua komputer di Ibu Pejabat

b) Bertanggungjawab mengeluarkan dan mencetak semua jenis percetakan dengan menggunakan komputer.

c) Memperkemaskan rekod-rekod pengakap di Ibu Pejabat dalam bentuk fail dan juga merekod semua perkara yang difikirkan penting untuk dimasukkan dalam kemputer.

d) Mertanggungjawab membantu melatih dan mengajar pegawa-pegawai Ibu Pejabat cara menggunakan komputer.

e) Menubuhkan dan mengetuai jawatankuasa IT Pengakap Negeri Sabah.

Kursus dan latihan kepimpinan kerap diadakan di Ibu Pejabat. Kursus dan latihan ini memerlukan perlatan dan semua perlatan ini ada tersimpan di Ibu Pejabat selain daripada peralatan latihan, peralatan lain seperti khemah, tali, basikal dan lain-lain ada terdapat di Ibu Pejabat ini.

LATIHAN DAN PERALATAN
Penyandang Jawatan : En. Asim Awang Yusof

Tugas dan Tanggungjawab Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Latihan dan Peralatan)

a) Membantu, menyelaras dan menyediakan keperluan latihan yang dijalankan di Ibu Pejabat setiap masa.

b) Menyimpan, merekod dan menjaga semua peralatan Ibu Pejabat agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna.

PERHUBUNGAN AWAM
Penyandang Jawatan : Hamdan Awang Zulkiflee

Pegawai Perhubungan amat penting dalam Pengakap terutama di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah. Dimana perhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan pertubuhan belia, Jabatan Kerajaan dan kementerian sering diadakan. Ibu Pejabat juga kerap dilawati oleh orang awam untuk mendapatkan bantuan penerangan dan risalah mengenai kepengakapan di Sabah. Untuk mengendalikan seorang Pegawai Perhubungan perlu untuk melicinkan perhubungan diantara Ibu Pejabat dan pihak luar.
Tugas dan Tanggungjawab Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Perhubungan Awam)

a) Menjalankan tugas Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat atas arahan Ketua Pesuruhjaya Negeri atau Pesuruhjaya Perhubungan Negeri.

b) Menjadi wakli Ketua Pesuruhjaya Negeri ke mesyuarat-mesyarat rasmi atas aarahan Ketua Pesuruhjaya Negeri.

c) Menjalinkan kerjasama dengan gabungan Majlis Belia bagi mempertingkatkan perhubungan yang sedia ada.

d) Membantu dan menyelaras semua tugasan di Ibu Pejabat yang memerlukan kerja-kerja penghususan.

e) Menyelaras dan membantu menjayakan setiap program dan latihan-latihan pengakap yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat.

f) Menerima dan menjalankan setiap tugas yang diarahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri.
BAHAGIAN PENTADBIRAN
Penyandang Jawatan : En. Ramnie Rasian
Pentadbiran yang cekap merupakan sesuatu perkara penting dalam sesebuah organisasi. Pentadbiran yang cekap dapat memberi perkhidmatan yangbaik memusakan kepada ahli

Tugas dan Tanggungjawab Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Pentadbiran)

a) Membantu, menyelaras dan mengambil tindakan yang perlu berkaitan dengan pentadbiran atas arahan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

b) Membantu Setiausaha Kerja di Ibu Pejabat untuk menyimpan, merekod dan menjaga semua fail-fail pentadbiran Ibu Pejabat agar sentiasa berada dalam keadaan baik, kemas, teratur dan sempurna.

BAHAGIAN SERANTA
Penyandang Jawatan : En. Kaplin Lahut

BAHAGIAN KELANA
Penyandang Jawatan : En. Samad Abdullah