TUGAS-TUGAS PESURUHJAYA DAERAH

1. Menjalankan tugas dan kuasa-kuasa Perbadanan yang diperuntukna dalam perlembagaan dan bertanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah bagi pihak Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

2. Menasihatkan Majlis Pengakap Daerah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Berkuasa menahan sebarang tindakan yang dicadang atau yang akan diambil oleh Majlis sekiranya bertentangan dengan perlembagaan, dasar berpengakap dab syarat-syarat keahlian Persidangan Pengakap Sedunia.

3. Bertanggungjawab menentu dan menyelaraskan semua latihan bagi pengakap dan pemimpin ke seluruh daerah melalui Pengerusi Latihan Daerah dan Ahli Pasukan Latihan Daerah, atau melalui Pasukan Latihan Negeri.

4. Memelihara perhubungan persahabatan dan kerjasama dengan semua kumpulan.

5. Menyesaikan segala perbalahan dan masalah yang diajukan oleh pemimpin berdasarkan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang pergerakan ini.

6. Mengawal segala rupa penerbitan dan pengeluaran yang bercetak, bersulam, bertenun dan seumpamanya dalam apa-apa juga bahan dan bentuk yang dibuat berkaitan dengak dasar peraturan dan kepentingan pengakap.

7. Mengawal dan menimbangkan sebarang kenyataan yang berkaitan dengan sesuatu dasar tertentu Persekutuan ini yang hendak dinyatakan oleh mana-mana ahli Persekutuan ini kepada umum. Kenyataan itu boleh dipersetujui dan dibenarkan sekiranya tidak bertentangan dengan dasar dan memberi manfaat kepada pergerakan ini.

8. Mencadangkan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri untuk dibawa ke Lembaga Tatatertib di atas seseorang Penolong Pesuruhjaya Daerah yang didapati melakukan kesalahan untuk dipecat setelah diberi beberapa kali nasihat yang cukup secara bersurat.

9. Menimbangkan pengaduan seseorang pemimpin untuk dibawa ke Lembaga Tatatertib di atas seseorang pemimpin yang melakukan kesalahan untuk dipecat setelah diberi beberapa kali nasihat yang cukup secara bersurat.

10. Mempengerusikan Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Daerah semasa ketiadaan Pengerusi

11. Dari masa ke masa melaporkan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri secara bertulis mengenai hal-hal yang berlaku dan perkembangan kemajuan segala kegiatan yang sedang dan telah dijalankan.

12. Menimbang dan memperakukan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri calon-calon penerima Anugerah Pengakap dan Anugerah Kerajaan Negeri serta Anugerah yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

13. Mengemukakan kepada Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja untuk mempertimbangkan dari budi bicara dan bijaksana bagi menentukan keputusan untuk menggantung sesebuah kumpulan bersabit dengan suatu kesalahan besar yang melibatkan pelanggaran dasar.

14. Dalam suatu perkara yang memerlukan tindakan segera, boleh dibuat dengan cara bersurat kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja, bilangan jawapan lebih daripada separuh adalah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah mengambil tindakan bagi pihak Majlis Pengakap Daerah dan Jawatankuasa Kerja.