TUGAS-TUGAS PESURUHJAYA KAWASAN

1. Bertanggungjawab terhadap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah

2. Bertanggungjawab ke atas kebajikan, kemajuan serta latihan pergerakan pengakap di dalam kawasa yang berada di bawah pengawasannya.

3. Memastikan polisi, pertubuhan serta undang-undang Persekutuan Pengakap Malaysia dipertahankan, dan sentiasa berhubung dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri melalui mesyuarat-mesyuarat bagi membincangkan polisi atau polisi-polisi yang akan dilaksanakan

4. Memastikan penubuhan Majlis bagi kawasan di bawah pengawasannya adalah juga menjadi tanggungjawab Pesuruhjaya Kawasan untuk memastikan bahawa Majlis yang telah dibentuk ini sentiasa mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah-masalah yang mungkin timbul di kawasannya dan sekaligus menyelesaikannya.

5. Menerima laporan daripada Pesuruhjaya-peseuruhjaya Kawasan berkaitan dengan perkembangan pergerakan pengakap di kawasan mereka masing-masing. Pesuruhjaya Bahagian juga bertanggungjawab menyampaikan polisi kepada pesuruhjaya-pesuruhjaya kawasan serta menerima cadangan-cadangan yang diajukan untuk dibincangkan dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

6. Mencadangkan calon-calon yang layak dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah serta menemuduga calon-calon tersebut bagi memastikan mereka memenuhi syarat-syarat dalam polisi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri sebelum diajukan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri untuk perlantikan.

7. Bekerjasama serta mewujudkan suasana kerja yang efektif dengan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah serta menghadiri setiap mesyuarat Majlis/Jawatankuasa kawasan yang berada di bawah pengawasannya bagi memastikan yang Jawatankuasa tersebut menjalankan tugas dengan berkesan.

8. Membantu Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Daerah merangka program-program, aktiviti-aktiviti serta kursus-kursus latihan dan perancangan pembangunan secara menyeluruh.

9. Memastikan kelancaran pentadbiran di daerah-daerah dibawah kawasannya yang belum mempunyai Pesuruhjaya Daerah serta seorang Penolong Pesuruhjaya Daerah untuk memangku tugas Pesuruhjaya Daerah sehingga perlantikan Pesuruhjaya Daerah yang baru dilantik.

10. Memastikan yang Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah bersikap adil dalam membuat pencalonan untuk Anugerah Pemimpin-pemimpin Pengakap, setaraf dengan bakti dan khidmat yang telah diberikan untuk Pergerakan Pengakap.

11. Menjadi wakil langsung Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri di kawasannya serta mendapatkan bimbingan dan tunjuk-ajar daripada Pesuruhjaya Bahagian.

12. Memastikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pesuruhjaya Negeri Bahagian serta Pen. Pesuruhjaya Bahagian Negeri sentiasa dimaklumkan mengenai program-program serta perkembangan setiap keutusan yang dibuat di kawasan-kawasan di bawah pengawasannya.

13. Menjadi Ahli Rasmi kepada setiap Majlis Pemimpin-pemimpin Pengakap Daerah serta semua mesyuarat Majlis Pengakap Daerah.

14. Tugas Pesuruhjaya Kawasan adalah sebagai agen penggerak dan bertanggungjawab keatas pembangunan Pergerakan Pengakap di kawasannya. Oleh itu Pesuruhjaya Kawasan harus sentiasa berbincang dengan semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah serta Majlis Pengakap di kawasannya.