KURSUS ICT DALAM PENGAKAP (BERSIRI)
Kursus ICT dalam Pengakap akan diadakan secara bersiri (3 bengkel berasingan) bagi mendedahkan para Pengakap kepada Trend ICT Pengakap Sedunia terkini, Imej, Marketing & Branding Pengakap serta tadbir urus/keselamatan/peraturan penyenggaraan portal.
Kursus ini terbuka kepada ahli Pengakap seluruh Negeri Sabah, W.P. Labuan, Sarawak & Negara Brunei Darussalam.
Lencana yang akan dikeluarkan berkonsepkan 'collectible' dan diharapkan peserta yang sama akan menghadiri ketiga-tiga bengkel ini. Had penyertaan ditetapkan kepada 100 orang sahaja.
Bengkel 1 : 9 - 11 November 2007 (Penekanan terhadap e-mail, IM & e-groups)
Bengkel 2 : 30 November - 2 Disember 2007 (Penekanan terhadap Blogs, e-casting & database)
Bengkel 3 : 11 - 13 Januari 2008 (Penekanan terhadap laman web/portal)
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian 012-8325546 (Rayn) ataupun e-mail ke : rayngs@yahoo.com.my
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 2
1) Unit Pengakap Kanak-kanak
2) Unit Pengakap Muda/Remaja
Tarikh : 16 - 18 November, 2007
Tempat : Rumah BP, Kota Kinabalu
Masa Pendaftaran : 2-4pm Jumaat (16 November 2007)
Yuran : RM35.00 (termasuk makanminum, sijil dan bahan kursus)
Peserta dikehendaki membawa peralatan khemah sendiri.
Sila hubungi Skipper Ryan di talian 012-8325546 selewat-lewatnya 11 November 2007 bagi pengesahan penyertaan.
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT IV(A)
1) Unit Pengakap Kanak-kanak (12 - 18 Disember 2007)
2) Unit Pengakap Muda/Remaja (12 - 19 Disember 2007)
Tempat : Rumah BP, Kota Kinabalu
Yuran : RM50.00 (termasuk makanminum/sijil dan course material)
Peserta dikehendaki membawa perlatan khemah sendiri.
Sila sahkan kehadiran anda kepada skipper Ryan di talian 012-8325546 sebelum 30 November 2007 bagi memudahkan kami menyediakan kursus yang mantap untuk anda.