SCOUTING IN SABAH
Kegiatan Pengakap di Sabah
          Pada ketika ini Sabah mempunyai ahli dalam lingkungan 35,000 dimana tujuh puluh peratus (70%) daripadanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dan selebihnya terdiri daripada guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan, badan-badan swasta, badan-badan korporat dan sebagainya.

        Pergerakan Pengakap yang bermula di Sandakan, Sabah pada tahun 1913 telah melatih ribuan pengakap remaja hingga ke Pengakap Raja. Pada ketika ini kira 300 Pengakap Raja yang dapat direkodkan dan kurang lebih 2,700 pemimpin telah diberikan kursus kepimpinan manikayu 4. Bahagian penyelidikan dan rekod Pengakap Sabah masih berusaha mendapatkan rekod-rekod yang lama untuk melengkapkan sejarah dan fakta berhubung dengan kegiatan Pengakap selama ini.

        Banyak mantan ahli-ahli Pengakap telah membuktikan diri mereka sebagai manusia yang berpengaruh dan berjaya dalam hidup mereka. Antara mereka adalah Tuan Terutama Yang dipertuan Negeri Sabah, ketua-ketua Menteri Sabah, Menteri-menteri Kabinet Negeri, Peguam-peguam, Pegawa-pegawai Kanan Kerajaan dan ahli-ahli korporat.

        Pergerakan Pengakap pada hari ini juga masih kukuh dan lebih maju kalau dibandingkan dengan masa-masa yang lalu. Banyak program telah dilaksanakan dan dalam perancangan semata-mata untuk membangunkan para remaja supaya dapat mengikuti pendidikan dan mendapat pengetahuan untuk bekalan hidup yang sempurna.

        Pergerakan Pengakap Sabah juga memerlukan sukarelawan yang mempunyai kepakaran dalam semua bidang untuk membantu pergerakan ini melaksanakan program ketrampilan yang boleh membangunkan kehidupan para remaja.
 
 


Copyrights © 1997 The Scout Association of Malaysia Sabah Branch, All Rights Reserved.