Home || Mission & Vision || Structure || Programm & Activities || Members || Membership Application || Services || Hostel Application Form || Photo Gallery

 

 

 

SKIM BANTUAN PENGIRING-PENGIRING PESAKIT SABAH

& PENGINAPAN BAGI PENGIRING-PENGIRING PESAKIT SABAH

 

Skim ini telah diwujudkan untuk membantu pengiring-pengiring pesakit sama ada ibu bapa atau penjaga yang memerlukan wang untuk menampung perbelanjaan kecil seperti tambang teksi, cukai lapangan terbang & sebagainya.  Pada mulanya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah diberi kuasa untuk mengendalikan skim ini dan kemudian pada Februari 1989 pihak pengendalian skim ini dipindah kepada Pejabat Perhubungan Negeri Sabah.

 

 

Di bawah skim ini seorang pengiring pesakit layak diberi bantuan kewangan sebanyak RM15.00 sehari bagi tempoh 14 hari dan boleh diulangi.

           

Tempat penginapan telah mula disediakan untuk pengiring-pengiring pesakit Sabah di kawasan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur pada 1991.  Kemudian pada 01 April 1995 MPMS telah mula menaja 2 unit Rumah Perantaraan Hospital Kuala Lumpur dan pada 22 Disember 1998 2 unit lagi ditambah bagi pengiring-pengiring pesakit Sabah. Pada Oktober 2007, Rumah Perantaraan ini telah dipindah ke Desa Rejang, Setapak.