Hari Kanak-Kanak Sedunia
World
Children’s Day
Perayaan Hari
Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959. Di Malaysia,
perayaan ini disambut setiap tahun pada mana-mana hari Sabtu bulan Oktober.
Pada dasarnya, Hari
Kanak-Kanak Sedunia mempunyai dua objektif utama iaitu:
§
merupakan
penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap kanak-kanak dan hak-hak
mereka
§
menyedarkan
setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab mereka dalam memelihara hak dan
masa depan kanak-kanak
Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Sabah telah dipertanggingjawabkan oleh
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna & Majlis Perkhidmatan
Masyarakat Sabah untuk menganjurkan perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia di
peringkat Negeri untuk beberapa tahun sejak tahun 1996.
Selain
mengadakan perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia di peringkat Negeri, kerajaan juga
dikehendaki menyertai perhimpunan Perayaan Kanak-Kanak Sedunia di peringkat Kebangsaan yang
biasanya diadakan di Semenanjung Malaysia.