Kursus Persediaan Kerjaya bagi
Kanak-Kanak Remaja
Career
Guidance
§ Membantu
pihak kerajaan memastikan kanak-kanak remaja yang keluar daripada institusi
jagaan dan pemulihan mendapat pertolongan dari segi persediaan untuk
mendapat pekerjaan yang sesuai dan pengawasan terbaik
§ Menjalin
kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela lain
dalam melaksanakan projek demi meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan
kanak-kanak terutama sekali mereka yang berisiko tinggi
Program Pemulihan Dalam Komuniti
Community
Based Rehabilitation (CBR)
§ Memberi
kesedaran di kalangan orang ramai orang-orang istimewa mempunyai hak-hak
tertentu dalam masyarakat
§ Meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab terhadap orang kurang upaya (orang
istimewa) dan seterusnya mengerakkan komuniti supaya meningkatkan
kemudahan-kemudahan untuk orang kurang upaya
§ Memperlihatkan kebolehan, keupayaan dan kemahiran golongan orang kurang upaya
agar mereka diserap ke dalam masyarakat
Program Peningkatan Bahasa
Inggeris bagi Kanak-Kanak Luar Bandar
English Language Enrichment Program
§ Memberi
peluang untuk kanak-kanak luar bandar atau kanak-kanak kurang bernasib baik
mengikuti program meningkatkan tahap (standard) Bahasa Inggeris
§ Memberi
bimbingan dari segi strategi pembelajaran, disiplin dan sahsiah yang baik
§ Memberi
keyakinan dan matlamat hidup serta kesedaran kendiri yang positif
§ Memberi
kesedaran tentang pentingnya pendidikan dalam membentuk diri, keluarga dan masa
depan yang gemilang
Kempen Kesedaran Keluarga &
Masyarakat
Family & Community Awareness Campaign
§ Menggalakkan
penglibatan anggota keluarga & masyarakat secara berterusan dalam berbagai
program dan kegiatan yang bertujuan untuk memupuk perkembangan, kesejahteraan &
kebajikan kanak-kanak demi untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan
penyayang terhadap kanak-kanak
§ Menggalakkan
penyertaan dan kerjasama masyarakat terutamanya pertubuhan-pertubuhan sukarela
dan agensi-agensi kerajaan dalam usaha mencegah dan membenteras masalah
penderaan & pengabaian kanak-kanak
§ Menyebar
dan menggalakkan penerimaan prinsip yang terkandung dalam Deklarasi Hak-Hak Anak
oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November 1989
Kem keluarga
juga pernah diadakan sebelum ini dengan objektif-objektif yang
serupa
di mana ibubapa dan kanak-kanak bersama-sama mengambil bahagian dalam
aktivit-aktiviti yang disediakan.
Kempen
Katakan Ya bagi Kanak-Kanak
merupakan projek serupa.
Projek Kesihatan Bagi Kanak-Kanak
Desa/Luar Bandar
Health Project for Rural Children
§ Membantu
kerajaan memastikan kanak-kanak diberi perkhidmatan kesihatan yang perlu dan
perubatan yang terbaik demi mengurangkan kematian bayi dan kanak-kanak
terutamanya bagi kanak-kanak luar bandar
§ Membantu
kerajaan mengembangkan jagaan kesihatan melalui pencegahan, bimbingan bagi
ibubapa, dan pendidikan & perkhidmatan perancangan kesihatan keluarga
§ Menjalin
kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela lain
dalam melaksanakan projek demi meningkatkan kesihatan kanak-kanak luar bandar
Kem Pintar Cergas Minda
"Smart & Sharp Mind"
Kumpulan sasar adalah
kanak-kanak luar bandar daripada kalangan golongan kurang beruntung.
§ Mempertingkatkan
kemajuan murid-murid di dalam pelajaran khasnya di dalam peperiksaan
§ Mewujudkan
kerjasama antara ibubapa dan guru-guru
§ Memberi
pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak dan ibubapa mengenai hak-hak dan
tanggungjawab ibubapa dalam Pembangunan pendidikan kanak-kanak
Lawatan Sambil Belajar
Study Trips/Outings
Kumpulan sasar adalah
kanak-kanak luar bandar atau kanak-kanak kurang bernasib baik/termiskin
(underprivileged) atau kanak-kanak yatim daripada institusi-institusi kebajikan.
§ Memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk menikmati persekitaran yang berbeza daripada
tempat kediaman mereka, mendapat serta berkongsi pengalaman dalam suasana yang
menyeronokkan dan riang gembira sambil memupuk persahabatan yang baik
§ Membuka
minda kanak-kanak dan mengalakkan mereka berusaha untuk mencapai yang terbaik
§ Meningkatkan
pengetahuan dan menanam sifat keprihatinan dan tanggungjawab di kalangan para
peserta serta terhadap masyarakat dan alam sekitar
Kem Cuti / Bina Remaja
Youth Development Camp
Kumpulan sasar adalah para
remaja yang berkelakuan baik dan yang mempunyai potensi untuk berkembang,
terutamanya para remaja daripada latarbelakang kurang beruntung.
§
Memberi
peluang kepada para remaja untuk mengenali diri serta mengambil tindakan wajar
untuk memperbaiki keadaan yang ada di samping memberi bimbingan kepada mereka
agar mampu merancang matlamat hidup dan merangka strategi untuk mencapainya
§
Mengasah
sikap kepimpinan di kalangan para peserta
§
Menanam
sifat keprihatinan terhadap sesama sendiri di kalangan para peserta dan juga
terhadap alam sekitar
Lokasi program-program terdahulu: Beringgis Beach Resort/Outward Bound Sabah/Universiti Malaysia Sabah
back
to top