|
|
 |
|
SHITO-RYU KARATE-DO
|
|
Shito-Ryu Karate-Do, perintis seni Karate-Do di Malaysia menawarkan anda
pendekatan secara tradisional dan saintifik dalam kaedah-kaedah latihan berikut:-
|
|
1. Latihan jasmani untuk kesihatan badan
|

|
|
2. Beladiri asas
|
|
3. Beladiri peringkat pertengahan
|
|
4. Beladiri peringkat tinggi
|
|
- pengkhususan manangkis senjata
|
|
-pengkhususan tempur tanpa
senjata
|
|
5. Membina minda dan semangat
|
|
6. Falsafah dan teori seni
|
|
7. Karate Olahraga
|
|
|
|
Latihan-latihan tersebut dapat membina dan membekalkan anda dengan
keyakinan diri sendiri, kekuatan, kecerdasan minda, ketangkasan, cara
pemikiran dan sikap yang positif. Orang ramai sering dikelirukan tentang
matlamat Karate-Do di mana seseorang itu dianggap sebagai telah tamat
apabila mendapat talipinggang hitam, atau, berkebolehan memecahkan
papan, atap genting, batu bata dan lain-lain selain dari salah faham bahawa
seseorang itu perlu mengeraskan, merosakkan atau membatukan tangan
mereka agar berkesan.
KEBENARAN tentang latihan
SHITO-RYU KARATE-DO
tradisional ialah, ianya menyumbang amat sangat terhadap keseimbangan
ketangasan fisikal, pembinaan semangat serta minda kearah pemeliharaan
dan pembelaan nilai-nilai moral dan perilaku terpuji dikalangan kanak-kanak
dan remaja. Tanpa mengira umur dan jantina, anda tidak terlalu muda atau
tua, cergas atau tidak untuk memulakan latihan Karate-Do. Berilah peluang
kepada diri anda dan berlatihlah mengikut kemampuan anda sendiri dibimbing
sendiri oleh Guru.
|
|
|
KAMI MENGALU-ALUKAN LATIHAN SECARA KUMPULAN DI
PEJABAT-PEJABAT, KELAB-KELAB, PERTUBUHAN-
PERTUBUHAN UNTUK KESELESAAN ANDA.
LATIHAN KHAS UNTUK WANITA SAHAJA BOLEH
DIURUSKAN.
|
|
|
|
UNTUK ANAK-ANAK KITA
|
|
Kita inginkan anak-anak kita menjadi kuat dan sihat. Kita juga inginkan
anak-anak kita dibimbing kearah menjadi anak-anak yang bersopan,
berdisiplin,
menghormati orang, patuh, betminda cerdas dan bersih dari sikap negatif
serta terhindar dari kecenderungan kearah perilaku yang jahat.
|
|
|
|
Latihan Karate-Do tradisional yang kami ajar dapat menyumbang kearah
pencapaian dan penghayatan nilai-nilai mumi yang tersebut diatas.
|
|