Pegawai Utama 2004 / 2007

Pengerusi – Mohd Suffian Mahmood * Naib Pengerusi – Yayun @ Simon Lamadas

* Setiausaha – Laurence Vun * Pen.Setiausaha – Rusli Bin Ghani * Bendahari – Ismail Yusuf

 

Bil(17)MTUC/SAB/04/02

10 Ogos 2005

 

 

Setiausaha Agung

Semua Kesatuan Gabungan MTUC Sabah

 

 

Saudara / Saudari,

 

TAKLIMAT MENGENAI SABAH LABOUR ORDINANCE (SLO)

OLEH JABATAN TENAGA KERJA SABAH

 

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut diatas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut diatas yang diadakan khas untuk MTUC Bhg Sabah akan diadakan seperti berikut:

 

                        Tarikh:            18 Ogos 2005 (Khamis)

                        Masa:              2 petang hingga 5 petang

                        Tempat:          Sabah Trade Centre (STC)

                                                Likas

 

3.                  Sehubungan itu, setiap kesatuan gabungan MTUC adalah dipelawa untuk menghantar 6 peserta untuk menghadiri sessi taklimat tersebut. Sebaik sahaja taklimat ini selesai satu sessi dialog akan menyusul. YB Menteri Pembangunan Sumber and Teknologi Maklumat dijangka hadir di sepanjang sessi ini.

 

4.                  Sila maklumkan senarai nama peserta kesatuan masing-masing kepada pejabat MTUC Bhg Sabah melalui faks sebelum 15 Ogos 2005.

 

5.                  Penyertaan dan sokongan saudara / saudari adalah amat dihargai.

 

Sekian. Terima kasih.

 

Salam hormat.